Click Like To Support

Click Like To Support This Pages / Klik Suka Tanda Sokongan Pada Halaman Ini
Sponsor By : / Ditaja Oleh :

For more informations :

DAFTAR DAN DAPAT RM100...
ANDA LAMBAT... ANDA RUGI...

Fenomena Alam : Keindahan Menakjubkan Negara Estonia Selepas Ribut Salji...





Jika anda pergi ke negara Estonia (berdekatan Latvia dan Finland) selepas musim ribut salji, ini yang akan anda temui...pemandangan indah menakjubkan bak di alam kayangan...











Lumrah Kehidupan : Melawat Kilang iPad dan iPhone di China Yang Amat Menyedihkan...





Semua orang tahu bahawa gajet terkenal paling popular di dunia iaitu iPhone dan iPad keluaran Apple dikilangkan di China. Ketika anda sedang bermegah dengan gajet mahal milik anda itu, fikirkanlah bahawa ada mereka yang terpaksa bersusah payah bekerja dalam keadaan bahaya dan berisiko yang kemudiannya dijual dengan harga yang 'overpriced'.


Kerja lebih masa yang berlebihan tanpa sehari pun cuti dalam masa seminggu, tinggal bersama dalam asrama sesak dan berdiri begitu lama sehingga kaki mereka membengkak dan mereka hampir-hampir tidak dapat berjalan selepas shift selama 24jam.

Ini adalah kehidupan sesetengah pekerja yang mendakwa mereka tinggal di pusat
pembuatan Apple di China, di mana pembekal peralatan kepada firma itu didakwa secara salah telah melupuskan sisa berbahaya yang tidak dirawat.
Hampir 140 pekerja di kilang itu cedera dua tahun lalu apabila mereka diarah menggunakan bahan kimia beracun untuk membersihkan skrin iPhone - dan dua letupan tahun lalu membunuh empat orang dan mencederakan lebih daripada 75 orang.



Syarikat teknologi gergasi berpangkalan di California itu didakwa telah dimaklumkan tentang keadaan berbahaya dalam kilang Chengdu di barat daya China sebelum letupan itu berlaku namun tidak diendahkan.

Sepanduk dalam loji Chengdu memberi amaran kepada sejumlah 120,000 kakitangannya: '‘Work hard on the job today or work hard to find a job tomorrow’'. Pekerja yang tiba lewat sering terpaksa menulis surat pengakuan.

Laporan akhbar mula panas apabila Apple mengumumkan keuntungan $ 13billion (RM 39 billion) hasil jualan sebanyak $ 46billion (RM 138 billion) pada tahun lalu - tetapi keadaan di kilang-kilang di luar negara milik Apple amatlah menyedihkan.







sumber: dailymail.co.uk

Share

Teori Konspirasi : Topik Paling Menakutkan Charles Darwin

Mata adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.

Malah air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi mata daripada kuman.

Struktur mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.
Bagaimanapun, para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk, kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan, apakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil!
Jika kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum dan membentuk kereta ini, apakah kamu akan mempercayainya? Apakah seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas, stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum untuk membentuk sebuah kenderaan?
Struktur mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat muncul dan dia berkata, "Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk". (Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit, 1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.
Darwin Juga Tidak Mahu Memikirkan Tentang Bulu Burung Merak. Pernahkah kamu mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya. Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.
Bagaimanapun, terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan. Darwin menerangkan tentang bulu ini, "Sekarang, memikirkan tentang struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak selesa. Petanda yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya, membuatkan saya pening!".
Penulis ialah Harun Yahya/Adnan Oktar (Kaum-kaum Yang Pupus, Penipuan Evolusi, Relativiti Masa dan Hakikat Takdir). Dipetik daripada buku Keajaiban Ciptaan Allah.

Monumen: Pulau Mitsubishi di Nagasaki Jepun






 Sebut saja Mitsubishi, pasti ramai yang akan ingat dengan kereta-kereta keluarannya; antaranya Lancer, Triton, i-Miev dan pelbagai lagi. Tetapi tahukah anda, Mitsubishi ketika di awal penubuhannya merupakan sebuah syarikat perkapalan, dan antara perniagaan terasnya adalah tenaga/energy? Buktinya adalah dengan kewujudan sebuah pulau yang digelar sebagai 'Pulau Mitsubishi'.



Info Ringkas:
  • Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tidak berpenghuni di Nagasaki, Daerah Pentadbiran Jepun, sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini juga dikenali dengan nama “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang. 
  • Pada tahun 1890 syarikat Mitsubishi membeli pulau tersebut dan memulai projek untuk mendapatkan arang batu dari dasar laut di sekitar pulau tersebut.
  • Pada tahun 1916 mereka membangunkan pelabuhan besar yang pertama di pulau itu, sebuah blok apartemen dibangunkan untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan.
  • Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut meningkat mendadak. Kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan pulau (1391 per hektar untuk daerah pusat pemukiman), sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia.
  • Ketika minyak tanah menggantikan arangbatu pada tahun 1960, kebanyakan lombong arang batu mulai ditutup, tidak terkecuali di Gunkan Jima.
  • Pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan lombong tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut. 
  • Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai setting film “Battle Royal II” dan mengilhami sebuah game popular “Killer7”.

 Sekarang, pulau ini lebih dikenali sebagai 'Pulau Berhantu' !









sumber: wikipedia

Modifikasi : Kereta Berbentuk High Heels Ciptaan Jurutera dari India





Seorang pekerja menguji sebuah kereta yang mempunyai bentuk seperti kasut tumit tinggi di sebatang jalan raya di Hyderabad India baru-baru ini.


Kereta kasut itu dihasilkan sebagai sebahagian daripada satu siri ciptaan yang dilakukan oleh pereka kereta di India, Sudhakar Yadav.Kereta itu boleh bergerak selaju 45 kilometer sejam.



sumber: kosmo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Special to be open:

My Blog List

e-referrer:

CLICK THIS TO CLOSE BANNER

Backlinks

blogr.my Kartikel Ping Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ALL-CHE-BACKLINKS Free Auto Malaysia Backlinks

Blog Archive