Click Like To Support

Click Like To Support This Pages / Klik Suka Tanda Sokongan Pada Halaman Ini
Sponsor By : / Ditaja Oleh :

For more informations :

DAFTAR DAN DAPAT RM100...
ANDA LAMBAT... ANDA RUGI...

Makhluk : Ikan Paling Berbisa di Dunia....

Nak tahu ikan paling berbisa di dunia? Hmm inilah dia .. Ikan Batu (Stone Fish). Sekali pandang saling tak tumpah macam ikan kerapu je. Tapi ianya bukan. Ia ikan dengan bisa yang boleh mengancam nyawa manusia.


Ikan ini boleh dijumpai di lautan Indo-Pasifik, dan ada juga bukti ia bukan sahaja hidup di lautan tetapi sesetengan spesiesnya hidup di sungai. Ikan ini ada duri di sirip dorsal yang akan menegak ke atas bila merasa dirinya terancam.

Penyelam terutamanya sering terpijak ikan ini kerana rupa bentuk ikan ini yang seakan-akan batu. Seandainya terpijak, rawatan kecemasan yang boleh dilakukan selain menggunakan antivenom ialah dengan memanaskan bahagian terkena tusukan duri ikan batu ini. Gunakan air panas yang melebihi 40 darjah celcius dan tuamkan di tempat terkena racun.

Ia mudah didapati di perairan Australia dan juga Indonesia.

Sumber: Wikipedia

Tips Kesihatan : Kesan Tidur Yang Tidak Seimbang


Bangun tidur kesiangan
Jam berapa anda bangun tiap hari? Habis subuh?Berhati-hatilah, bangun tidur yang tidak teratur akan mengakibatkan efek negatif bagi kesehatan. Berikut alasannya..
1. Masalah metabolisme
Jika Anda tidur terlalu lama, tubuh tidak akan berfungsi sesuai ritmenya. Anda akan merasa lapar dalam jangka waktu lama dan hal ini mempengaruhi kecepatan metabolisme. Hal ini akan membuat bobot tubuh meningkat.

2. Lesu
Tidur berlebihan akan membuat Anda merasa lesu karena metabolisme Anda masih bekerja dalam set malam hari. Tubuh membutuhkan waktu lebih lama untuk memulai sistem dan tidak dapat berfungsi normal. Jika Anda benar-benar ingin tidur sedikit lebih lama, usahakan jangan lebih dari tiga puluh menit.

3. Kehilangan waktu produktif
Para ahli menganggap pagi hari adalah waktu paling produktif karena pikiran Anda masih segar. Jika Anda tidur terlalu lama maka akan akhirnya kehilangan banyak waktu produktif dalam sehari. Sehingga, Anda harus menyelesaikan pekerjaan sampai larut malam dengan terburu-buru.

4. Disorientasi
Tidur terlalu lama membuat Anda sulit berkonsentrasi dalam waktu lama. Kecuali, setelah bangun tidur Anda langsung berolahraga. Lalu, karena metabolisme tidak bisa berhenti otak akan membuat Anda merasa lapar.

5. Sakit kepala
Cairan serebrospinal bergerak ke otak ketika Anda tidur terlalu lama. Kondisi ini, jika berlangsung dalam waktu lama dapat menyebabkan sakit kepala parah dan bahkan menyebabkan kebutaan. Jadi, pikirkan lagi jika Anda ingin tidur lebih lama.

sumber maklumat : http://malay.uptomu.net/

Fenomena Alam : Gunung Everest Menjadi Perkuburan Paling Tinggi di Dunia...


Mendengar Kata "Mount Everest" pendaki profesional mana yang tidak panas hatinya dan terbakar semangat agar dapat berdiri dititik tertinggi di muka bumi ini. Sebuah kebanggaan yang tidak dapat dilukiskan dengan kata-kata bukan??

Banyak orang ramai cuba mengapai hal tersebut semenjak Sir Edmund Hillary berhasil mendakinya pada tahun 1953. Akan tetapi tidak sedikit juga yang menjadi mangsa keganasan alam Mount Everest.

Puncak Mount Everest terletak di negara Nepal dengan tinggi 29,035 feet (8,850 meter) dari permukaan laut. Gunung itu sendiri menjadi pembatas antara Nepal dan Tibet.

Suhu rata-rata tertinggi terjadi pada bulan mei 2008 iaitu minus 17 derajat Fahrenheit (minus 27 darjah Celsius) and kecepatan angin 51 batu (81 km) per jam.

Diwaktu lain sepanjang tahun, angin dapat berhembus dalam kecepatan badai 118 batu dan suhu boleh jatuh sampai minus 100 derajat fahrenheit (minus 73 derajat celcius). Fakta tambahan yang lain adalah kurang daripada satu pertiga oksigen yang ada di udara dibanding dengan udara yang berada di permukaan laut.

Everest news memperkirakan, pada tahun 2004 lebih dari 2000 orang berhasil mencapai puncak, dan 189 orang mati ketika mencobanya. Jika anda adalah salah satu daripada lebih kurang 150 orang yang akan cuba untuk mendaki Mount Everest pada tahun ini, ada sesuatu yang pasti akan anda lihat sepanjang perjalanan - MAYAT.

Dari 189 orang yang mati dalam pendakian mereka, diperkirakan 120 orang dibiarkan tinggal di sana. Ini merupakan peringatan yang mengerikan bagi para pendaki. Alasan sederhana mengapa mayat-mayat pendaki dibiarkan berserakan di sana adalah terlalu sulit dan berbahaya untuk cuba memindahkan mereka. Cuba membawa tubuh orang mati atau pendaki yang terdampar akan memakan masa yang terlalu lama dan membuat tim pendaki terhambat. Ini membuat usaha penyelamatan sama dengan bunuh diri.

Kebanyakan mayat terletak di "Zon kematian", kawasan ini terletak di atas base camp terakhir di ketinggian 26,000 feet (8,000 meter). Banyak mayat yang membeku dengan tali masih melingkar di pinggang mereka. Mayat yang lain dalam keadaan membusuk, kerana itu beberapa pendaki yang telah berpengalaman telah membuat suatu usaha untuk menguburkan mayat-mayat yang mudah dicapai.

Pada tahun 2007 Ian Woodall, pendaki Inggeris, kembali ke Everest untuk mengubur 3 mayat pendaki yang dia lewati dalam perjalannya menuju puncak. Salah seorang pendaki, seorang wanita bernama Francys Arsentiev, masih hidup ketika Woodall menemuinya. Kata pertamanya adalah "jangan tinggalkan saya." Kenyataan yang menyeramkan, tapi, Woodall tidak dapat berbuat apa-apa untuk menolongnya tanpa membahayakan hidupnya sendiri atau hidup timnya. Dia terpaksa meninggalkan wanita itu untuk mati sendiri. Maka Tidak salah Kuburan Tertinggi Di Dunia pantas di sandang oleh Mount Everest.

Dakwah : AZAB NERAKA - PAYUDARA DISEPIT DENGAN PENYEPIT DARIPADA API NERAKA...

Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah..Ikuti kisah yang saya dapat ini daripada seseorang yang mengemelkan saya..Kredit kepadanya untuk cerita ini..(^^,)...Diharap cerita ini dapat menjadi teladan kepada semua


Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

"Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

"Kenapa kakak menangis?"

"Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

"Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa koma?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

"Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik", tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

"Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar. Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar."

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat daripada nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui, azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah Allah, akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat, kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak, yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa? Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqada'kan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan. Kakak takut, kakak dah merasai pedihnya azab Tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul-betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya ;

"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah..."

"Kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut. Walaubagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak.

Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis.

Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa...

"Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..."

Itu dah terlambat.


Sama-samalah kita ambik iktibar daripada cerita ini ye..Aku harap korang sudi la share kan cerita ini supaya lebih ramai lagi yang tahu..Moga kita diberi kebaikan olehNya terutama di bulan puasa ini..Amin...

World Records: 5 Tandatangan Termahal di Dunia....

 Di tempat ke-5, tandatangan diatas sekeping kertas oleh pemain gitar, penulis lirik dan penyanyi iaitu Jimmy Hendrix yang dijual dengan harga USD59,484. 

Di tempat ke-4, tandatangan pada sebuah gitar oleh penulis lirik, penerbit rakaman, pemain gitar, ahli kumpulan The Yard-birds (66'-68') dan pengasas kumpulan Led Zeppelin iaitu Jimmy Page yang dijual dengan harga USD71,087.

Di tempat ke-3, salinan tandatangan terakhir pemain gitar dan penyanyi kumpulan The Beatles iaitu John Lennon yang dijual dengan harga USD525,00.

Di tempat ke-2, salinan tandatangan asli perdana menteri US yang ke 13 (1861-1865) iaitu Abraham Lincoln yang dijual pada tahun 1991 dengan harga USD748,000.

Di tempat pertama, tandatangan termahal di dunia iaitu tandatangan seorang penyair dan bangsawan terunggul Inggeris iaitu William Shakespeare. Hanya ada enam tanda tangan asli dan masing-masing dijangka sekitar USD5 juta.

Firasat : Tafsir Mimpi Mengenai Mulut

http://3.bp.blogspot.com/_cfWqNTZm__M/S-fb781KdXI/AAAAAAAACLk/OnjxMDUP-Ls/s1600/tafsirmimpimenurutIslam.jpg
Mulut adalah pembuka urusan seseorang atau penutupnya.

Jika bermimpi seolah-olah keluar sesuatu dari mulutnya.
Tafsirnya : Itu menunjukkan rezeki sama ada yang baik atau yang buruk.

Jika bermimpi melihat mulut tertutup atau terkunci.
Tafsirnya : Menunjukkan kekafiran.

Jika bermimpi melihat bibir.
Tafsirnya : Akan ada teman yang datang membantunya.

Jika bermimpi bibirnya sakit.
Tafsirnya : Akan ada kerabat atau keluarga yang sakit.

Koleksi Gambar - Lawak , Menarik , Pelik , Hebat , Ganas , Ngeri , dll dari seluruh dunia (Definasi Tinggi - HD) / Collection of Picture - Funny , Interesting, Weird, Awesome , Violence, Thriller, etc. from around the world in (High Definition - HD) : Bhg. 16 - Part. 16

1 Daily picdump (123 pics)

2 Daily picdump (123 pics)

3 Daily picdump (123 pics)

4 Daily picdump (123 pics)

5 Daily picdump (123 pics)

6 Daily picdump (123 pics)

7 Daily picdump (123 pics)

8 Daily picdump (123 pics)

9 Daily picdump (123 pics)

10 Daily picdump (123 pics)

11 Daily picdump (123 pics)

12 Daily picdump (123 pics)

13 Daily picdump (123 pics)

14 Daily picdump (123 pics)



17 Daily picdump (123 pics)

18 Daily picdump (123 pics)

19 Daily picdump (123 pics)

20 Daily picdump (123 pics)

21 Daily picdump (123 pics)

22 Daily picdump (123 pics)

23 Daily picdump (123 pics)

24 Daily picdump (123 pics)

25 Daily picdump (123 pics)


27 Daily picdump (123 pics)


29 Daily picdump (123 pics)



32 Daily picdump (123 pics)


34 Daily picdump (123 pics)

35 Daily picdump (123 pics)

36 Daily picdump (123 pics)

37 Daily picdump (123 pics)

38 Daily picdump (123 pics)

39 Daily picdump (123 pics)

40 Daily picdump (123 pics)

41 Daily picdump (123 pics)


43 Daily picdump (123 pics)

44 Daily picdump (123 pics)


46 Daily picdump (123 pics)

47 Daily picdump (123 pics)

48 Daily picdump (123 pics)

49 Daily picdump (123 pics)

50 Daily picdump (123 pics)

51 Daily picdump (123 pics)

52 Daily picdump (123 pics)

53 Daily picdump (123 pics)

54 Daily picdump (123 pics)

55 Daily picdump (123 pics)

56 Daily picdump (123 pics)

57 Daily picdump (123 pics)

58 Daily picdump (123 pics)

59 Daily picdump (123 pics)

60 Daily picdump (123 pics)

61 Daily picdump (123 pics)

62 Daily picdump (123 pics)


64 Daily picdump (123 pics)

65 Daily picdump (123 pics)

66 Daily picdump (123 pics)

67 Daily picdump (123 pics)

68 Daily picdump (123 pics)

69 Daily picdump (123 pics)

70 Daily picdump (123 pics)

71 Daily picdump (123 pics)

72 Daily picdump (123 pics)

73 Daily picdump (123 pics)

74 Daily picdump (123 pics)

75 Daily picdump (123 pics)

76 Daily picdump (123 pics)


78 Daily picdump (123 pics)

79 Daily picdump (123 pics)

80 Daily picdump (123 pics)

81 Daily picdump (123 pics)

82 Daily picdump (123 pics)

83 Daily picdump (123 pics)

84 Daily picdump (123 pics)

85 Daily picdump (123 pics)



88 Daily picdump (123 pics)

89 Daily picdump (123 pics)

90 Daily picdump (123 pics)

91 Daily picdump (123 pics)

92 Daily picdump (123 pics)

93 Daily picdump (123 pics)

94 Daily picdump (123 pics)


96 Daily picdump (123 pics)

97 Daily picdump (123 pics)

98 Daily picdump (123 pics)


100 Daily picdump (123 pics)

101 Daily picdump (123 pics)

102 Daily picdump (123 pics)

103 Daily picdump (123 pics)

104 Daily picdump (123 pics)

105 Daily picdump (123 pics)

106 Daily picdump (123 pics)

107 Daily picdump (123 pics)


109 Daily picdump (123 pics)


111 Daily picdump (123 pics)


113 Daily picdump (123 pics)

114 Daily picdump (123 pics)


116 Daily picdump (123 pics)

117 Daily picdump (123 pics)

118 Daily picdump (123 pics)

119 Daily picdump (123 pics)

120 Daily picdump (123 pics)

121 Daily picdump (123 pics)

122 Daily picdump (123 pics)

123 Daily picdump (123 pics)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Special to be open:

My Blog List

e-referrer:

CLICK THIS TO CLOSE BANNER

Backlinks

blogr.my Kartikel Ping Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ALL-CHE-BACKLINKS Free Auto Malaysia Backlinks

Blog Archive