Click Like To Support

Click Like To Support This Pages / Klik Suka Tanda Sokongan Pada Halaman Ini
Sponsor By : / Ditaja Oleh :

For more informations :

DAFTAR DAN DAPAT RM100...
ANDA LAMBAT... ANDA RUGI...

Mistik : UFO (Bhg 2)

Satu laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera. Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.

"Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal", terang doktor itu dengan marah. "Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang dapat kita gambarkan", katanya lagi.

Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz, bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu sahaja.

"Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk. Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu. Dia tidak mempunyai gigi tetapi itu adalah seperti yang dijangkakan bagi bayi berusia 3 bulan. Tetapi apa yang saya dapati, yang paling aneh adalah telinganya. Ia kelihatan tajam dan sangat besar. Tetapi saya gembira bila melihat bayi itu mempunyai rambut. Ini bermakna dia adalah mamalia dan boleh melahir dan menjaga anak. Dia juga mempunyai organ seks kelihatan sama seperti manusia."

Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.

"Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah ibunya", tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib yang amat baik sekali...peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa yang dapat kita mimpikan", katanya lagi.

"Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu. Bayi itu dalam perhatian sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.

Dakwah : 4 jenis lelaki ditarik perempuan ke neraka...

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/10/tarikan-neraka.jpg
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul…
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhias diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam – Harakahdaily.

Fenomena Alam : Hujan Katak di Jepun...



Pada bulan Jun 2009, Jepun dikejutkan dengan  fenomena aneh yang terjadi ketika hujan turun. Bukannya air yang turun tetapi, haiwan aneh yang berbentuk ikan seperti katak. Hal ini terjadi dibeberapa bandar di Jepun antaranya bandar Taiwa, Nakanoto, Asahi dan Kuki.









For more information:
info 1




Haiwan ini memiliki badan yang panjang dengan diameter 5 cm berbentuk seperti ikan dan katak. sejauh ini tidak ada yang dapat menjelaskan kenapa hal ini boleh terjadi. Beberapa orang menyatakan ini merupakan fenomena yang jarang ditemui pernah terjadi di Jepun dan mereka menyebutnya sebagai "binatang hujan" yang diakibatkan oleh perubahan cuaca yang tidak menentu di negara Sakura ini. badan metereologi Jepun juga tidak dapat menjelaskan apa penyebab terjadinya hal tersebut.

16 Jun, tn.aichi 45 tahun, sekitar jam 8.00 pagi, beliau terkejut dan merasa aneh kerana terdengar sesuatu yang jatuh dari atas keretanya. ketika dilihat, beberapa haiwan tersebut melekat dibahagian atap keretanya.





15 Jun, miyagi 74 tahun, di bandar taiwa, juga melihat kejadian ini, dan mendengar sesuatu yang jatuh diatas atap rumahnya, padahal ketika itu cuaca baik dan tidak hujan.



16 Jun, tn.saitama, jam 1:00 PM di bandar Kuki



17 Jun, toyama, jam 8:40 AM di bandar Asahi



9 Jun, ishikawa, di bandar Nakanoto








For more information:
info 1



Trivia : Rahsia Bibir Wanita... MESTI BACA...


Di sebalik keindahan bibir yang dipertontonkan, ia juga menyembunyikan sesuatu yang misteri tentang si pemiliknya. Di bawah ini serba sedikit maklumat tentang rahsia bibir wanita.







For more information:
info 1

Bibir yang kemerah-merahan

Seorang wanita yang secara ilmiah memiliki bibir yang sentiasa segar serta kemerah-merahan menunjukkan
bahawa pemiliknya mempunyai kesihatan yang baik serta pandai menjaga tubuh badannya. Biasanya si pemiliknya memiliki sifat periang dan fikiran yang terbuka.

Kebanyakan lelaki suka bergaul dengan wanita yang memiliki bibir seperti ini kerana dia pandai bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga dapat memberi keselesaan kepada kekasihnya dengan sifat femininnya. Manja dan penuh ghairah.


Secara umumnya, wanita yang memiliki bibir kemerah-merahan ini bersifat manja serta inginkan belaian kasih sayang yang penuh dengan kehangatan. Dia akan berasa kecewa apabila memperolehi seorang kekasih yang mempunyai sifat kaku serta tidak dapat memanjakannya. Biasanya wanita golongan ini memiliki ekspresi wajah yang meransang seiring dengan bibirnya yang memberi kemesraan kepada lelaki.

Bibir Biru

Tidak kira bagaimana bentuk bibirnya asalkan berwarna biru, maka ianya memiliki erti tersendiri. Ia menyatakan si pemiliknya adalah wanita yang tidak boleh dipercayai melalui kata-katanya dan sering memungkiri janji. Tidak mempunyai tanggungjawab yang sesuai dengan kewajipannya.

Wanita jenis ini juga seorang yang cerewet dan sering berselisih faham dengan kekasihnya. Setiap lelaki perlu menyesuaikan dirinya jika anda mempunyai kekasih yang memiliki bibir jenis ini.

Bibir Nipis

Wanita yang memiliki bentul bibir yang nipis umumnya banyak bercakap tetapi suka berbual perkara yang tidak sepatutnya. Dia suka menghalalkan caranya sendiri tanpa mempedulikan pendapat dan perasaan orang lain.

Pandai merayu dengan kata-katanya yang menawan serta pandai berpura-pura dalam memainkan watak dan peranannya.

Biasanya pemilik bibir ini memiliki nafsu yang besar dan perlu belaianyang penuh dengan kehangatan dari lelaki pilihannya.

Mereka juga terlalu optimis dalam melangkah ke jalan hidupnya tetapi kadang kala membuat pihak lain kecewa dengan perangainya.

Bibir Kecil Molek

Wanita yang memiliki bibir kecil molek umumnya memiliki daya dan pesona yang mendebarkan pihak lelaki. Mereka selalu menunjukkan sikap keanak-anakan dan penuh kemanjaan. Sikapnya yang selalu minta dilindungi dan dibelai. Namun jika belum dapat menyesuaikan diri dengan keinginannya, maka wanita golongan ini akan menimbulkan rasa sakit hati dan resah kepada kekasihnya.

Golongan ini selalu bergantung kepada pihak lain kerana mereka tidak mempunyai pendirian yang mantap serta was-was terhadap apa yang dilakukannya. Pihak lelaki akan dapat menggunakan kesempatan menggodanya akan menimbulkan seni tersendiri yang penuh dengan kecerahan!

Mudah untuk menjinakkan wanita golongan ini jika mengetahui akan kelemahan-kelemahannya. Yang penting adalah dapat menciptakan kepelbagaian dan memberikan kesenangan kepadanya. Ini akan membuatkan dia jinak serta hilang sifat malunya.

Golongan ini dapat diharap untuk menjadi ibu rumah tangga yang baik tetapi anda harus tahu bahawa golongan wanita ini sangat cerewet dan bila berbual omelannya selalu sambung menyambung dengan tiada hentinya sebelum dia berpuas hati.

Walaupun nafsunya besar tetapi jika tidak dapat memenuhi apa yang menjadi keinginannya, maka dia akan mengambil sikap pasif serta tidak menunjukkan keghairahannya. Sikap yang terbuka akan dapat membuka rahsia dirinya dan ini akan membantu untuk mencapai kepuasan kepada si lelaki.

Bibir Tebal

Wanita yang memiliki bentuk bibir yang tebal pada umumnya menunjukkan bahawa pemiliknya suka dengan kemesraan kerana dia mempunyai nafsu yang menyala-nyala. Sikapnya terbuka dan suka kepada kebebasan apalagi jika dihubungkan dengan cinta ataupun seks.
Dapat memberi kesenangan tetapi kadang-kadang wujudnya sifat membantah (antipati) kerana dia mempunyai sifat yang suka mencemuh dan membuatkan orang lain malu di hadapan orang lain walaupun kekasihnya sendiri.

Tidak suka berpura-pura tetapi boleh berpegang kepada rahsia mahupun janji. Apabila dia membenci seseorang, maka dia mula akan membongkar keburukan lawannya.

Jika bersolek, dia mengambil masa yang lama. Dan dalam hal kewangan, banyak perbelanjaan untuk kecantikan dirinya tanpa mempedulikan perasaan pasangannya. Sikap kurang bertanggungjawab akan menyebabkan suaminya kecewa terutamanya apabila bersngkutan dengan kebersihan rumah tangga. Wanita ini juga malas dalam menguruskan anak-anaknya sendiri.

Perlu wibawa untuk memberi bimbingan dan disiplin jika anda memiliki kekasih seperti ini kerana ini akan menentukan masa depan anda. Sikap suka mengongkong yang wujud dalam dirinya merupakan tentangan serta cubaan kepada anda. Di sinilah peranan anda sebagai penegak kebahagiaan atau hancurnya sesebuah rumah tangga yang dibina.

Bibir Sentiasa Terbuka

Wanita yang memiliki bibir tertarik ke atas dan ke bawah (terbuka) pada bibirnya umumnya memiliki nafsu seks yang kuat, berkobar-kobar mengejar kepuasan yang diinginkan! Ada di antara mereka yang dianggap histeria.

Walaupun dalam urusan seks, mereka ini kurang berhati-hati tetapi berlawanan pula dengan disiplin dalam pekerjaan yang dilakukannya selalu mencapai prestasi kerja yang mengagumkan.

Kebanyakan di antara mereka mencapai kedudukan teratas dalam lingkungannya kerana memiliki pandangan yang luas dalam bidang yang dikuasainya. Golongan ini sentiasa optimis dengan tujuan yang dikejarnya dan kerananya ramai yang telah berjaya.

Mudah jatuh cinta dan jika sudah demikian, maka ia akan mengejar dengan segenap kemampuan yang dimilikinya untuk memperolehi lelaki yang dikasihinya itu. Dia tidak merasa malu untuk meminta apa yang diinginkan dan khususnya dengan masalah seks! Kepandaiannya mengolah apa-apa yang istimewa di dalam dirinya akan membuat pihak lelaki tergila-gila padanya.

Jika tidak dipenuhi apa yang menjadi hasratnya, maka dia akan berbuat apa sahaja untuk mencapai hasratnya itu. Keadaan ini menjadikan lelaki yang menjadi suaminya tidak tenang untuk meninggalkannya untuk jangka masa panjang.

dari buku Aura Tubuh Wanita




For more information:
info 1

Motivasi: Sayangi Diri Dengan 8 Petua Ini...

http://3.bp.blogspot.com/_iCzHzxwDbZ0/Si000HFnLSI/AAAAAAAAAqE/719Ahje28zo/s400/LoveLove.jpg
Sayangi diri anda dahulu sebelum anda mula berniat untuk menyanyangi diri orang lain. Ini adalah tatacara yang perlu anda ikuti, sebelum anda menyerahkan sebahagian dari kasih sayang yang anda ada kepada yang lain selain diri anda.

Kalau kita tak menyanyangi diri kita, dan tak mampu untuk merasa kasih terhadap diri sendiri, maka tentu pasti anda tak akan mampu untuk memberikan kasih sayang anda pada yang lain. Apa yang perlu bagi diri kita ini meyanyangi diri sendiri?

  1. Jangan libatkan diri anda dengan perkara yang memudaratkan, samada dari segi fizikal mahupun mental.
  2. Bersyukur dengan setiap anugerah pancaindera yang diberikan kepada anda.
  3. Menggunakan segala nikmat yang diperoleh diri untuk membuat kebaikan.
  4. Menjaga penampilan diri samada lahiriah mahupun psikologi.
  5. Jangan mengabaikan kesihatan.
  6. Sentiasa menyediakan diri untuk menjadi lebih baik daripada orang lain.
  7. Sentiasa menyanyangi setiap inci tubuh badan, jangan sesekali menyesal tentang diri anda, tetapi bermuhasabah dan melakukan perubahan untuk jadi lebih baik.
  8. Memberikan senyuman pada diri sendiri.

Mudah je kan. Apabila kita dah buat apa yang perlu dan hak untuk diri kita, barulah kita kongsikan dengan yang lain.

RIP/Mendiang : Pengasas Gitar Amplifier Jim Marshall Meninggal Dunia...

http://www.metalinjection.net/wp-content/uploads/2012/04/marshall-460-100-460-70.jpeg
LONDON – Pengasas gitar amplifier, Jim Marshall yang pernah digelar ‘Raja Bunyi meninggal dunia pada usia 88 tahun, demikian menurut pengumuman yang disiarkan di laman web syarikatnya, hari ini.
Ikon rock terkenal Jimi Hendrix, Pete Townsend dan Kurt Cobain adalah antara penyanyi yang pernah menggunakan gitar amplifier ahli perniagaan itu. Menurut kenyataan itu juga, syarikat melahirkan rasa sedih atas pemergian pengasas dan pemimpin yang berwibawa sejak 50 tahun lalu. – AFP

ISU PANASSS : Aaron Aziz Menunjukkan Kad Pengenalan Sebenar Beliau...

Kecoh baru-baru ini mengatakan Nama sebenar Aaron Aziz sebenar diketahui selepas kad pengenalan singapura beliau tersebar angkara pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah meng’edit’ gambar tersebut dan telah menyerupai kad pengenalan yang sebenar Aaron.
Terbaru, Aaron Aziz menyatakan tentang ketidak sahihan kad pengenalan beliau yang juga mengatakan nama sebenar beliau bukanlah Mat Harun Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa. Kali ini Aaron Aziz telah menunjukkan kad pengenalan belau yang asli dan sememangnya nama sebenar beliau adalah Aaron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha.
Kali ini Aaron Aziz tampil menunjukkan kad kad pengenalan beliau yang sebenar. Gambar dari Suria.fm
Aaron aziz meluahkan kekesalan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang apabila ada individu cuba menimbulkan kontroversi apabila menyiarkan suntingan kad pengenalan palsu Aaron Aziz hasil seni photoshop dengan tertera nama Mat Harun Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa‘ serta tuduhan bahawa dia menipu peminat dengan nama sebenarnya. Bagi menghentikan kontroversi yang melanda, Aaron di sidang media bertegas nama sebenarnya Aaron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha serta tuduhan beliau menipu peminat dengan nama sebenarnya.
Bagi menghentikan kontreversi ini, Aaron menegaskan kepada pihak media bahawa nama sebenarnya adalah Aaron Aziz Mustapha bukan Mat Harun . Berita ini mendapat liputan luas pelbagai pihak media. -Harian Metro
ID pengenalan Aaron Aziz yang di edit didakwa nama sebenanrnya adalah Mat Haronb Mustapha bin Mat Aziz Mustafa

Mistik : UFO (Bhg 1)



 Walaupun nampak macam artikel dah terkeluar tabii tapi aku rasa UFO juga tergolong dalam benda2 mistik yang mesti dibicarakan. Kebelakangan ini aku percaya korang tentu dah dengar atau baca dalam suratkhabar tentang kemunculan objek terbang yang tidak dikenali atau UFO di negara kita. Kalau buka internet terdapat pelbagai gambar kononnya gambar UFO yang berjaya dirakam. Seperti gambar-gambar hantu jugak, kebanyakan gambar2 UFO yang dirakam seperti telah dimanupulasi oleh teknologi sekarang.
Apakah sebenarnya UFO ini? Dari manakah datangnya UFO? Adakah ia turut mempunyai kaitan dengan hantu atau kisah-kisah mistik yang terjadi di seluruh dunia?
Beberapa teori dicipta sejak UFO mula-mula muncul di muka bumi. Teori paling popular ialah UFO dikaitkan dengan makhluk asing dari angkasa lepas. Malangnya teori ini masih tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Mengapa angkasa lepas? Mungkin sifat UFO itu sendiri yang kerapkali dilihat muncul di ruang angkasa. Mungkin teori ini akan menjadi sebaliknya sekiranya UFO itu kerap dilihat di dalam perut bumi atau di dasar lautan. Adakah manusia akan mengatakan UFO itu datang dari angkasa lepas juga?
Teori kedua yang agak popular ialah UFO itu sebenarnya ialah sebuah pesawat prototaip yang direka oleh manusia untuk kegunaan ketenteraan, dan makhluk (alien) yang berada di dalam pesawat tersebut ialah makhluk yang terhasil akibat kesilapan genetik yang juga dicipta untuk tujuan ketenteraan oleh pihak-pihak tertentu.
Teori terbaru yang aku dapat dari internet ialah UFO sebenarnya ialah sebuah kenderaan masa akan datang yang dicipta dengan kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya. Makhluk (alien) yang terdapat di dalam kenderaan itu adalah manusia yang telah melalui proses mutasi akibat berada di dalam kenderaan yang terlampau laju. Teori ini turut disokong oleh teori pakar fizik Albert Einstein.
Albert Eistein
Menurut Albert Einstein (seorang Yahudi) manusia akan kembali ke masa belakang sekiranya mampu bergerak mengatasi kelajuan cahaya. Beliau memberi contoh tentang tempoh yang diambil untuk cahaya bintang sampai ke bumi. Secara mudahnya macam ni lah, sekiranya sebutir bintang bersinar pada tahun 2000 dan cahayanya mengambil masa 5 tahun untuk sampai ke bumi maka manusia di bumi akan dapat melihat sinaran bintang tersebut pada tahun 2005. Dan sekiranya ada manusia yang sama-sama bergerak pada tahun yang sama tetapi melampaui kelajuan cahaya maka manusia tersebut akan sampai ke bumi mungkin pada tarikh sebelum 2005. Ini bermakna manusia telah berjaya berpatah balik ke belakang beberapa tahun sebelum sepatutnya. Yang aku heran tu pulak, ramai yang percaya teori Yahudi tua yang kononnya cerdik ni. Pada aku, manusia tetap tidak dapat berpatah balik ke masa belakang biarpun selaju mana ia bergerak sebab Albert Einstein mungkin lupa masa dan tarikh mula bintang tersebut bersinar. Kalau dah mula bergerak atau bersinar pada tahun 2000 mana mungkin boleh berpatah balik pada tahun sebelumnya.Bergerak tetap bergerak ke hadapan cuma masa saja tiba sahaja yang berlainan. Agaknya Albert Einstein terlupa masa yang dicatat ketika mula-mula bergerak.
Berbalik tentang UFO tadi, aku rasa ianya memang datang dari angkasa lepas sebab di dalam Al-Quran pun ada dinyatakan terdapat hidupan lain selain manusia termasuklah Jin, Syaitan dan Iblis. Teringat aku tentang satu kejadian di laluan berhampiran Tasik Timah Tasoh, Perlis. Sedikit masa lalu hampir setiap hari kejadian kemalangan dilaporkan berlaku di tempat yang sama. Menurut mangsa, walaupun kenderaan dipandu perlahan, seolah-olah terdapat seperti tarikan magnet yang memesongkan arah kenderaan ke arah tasik.Tak silap aku dah 15 kejadian yang berlaku di tempat yang sama tanpa penjelasan munasabah. Aku pun kerap juga lalu jalan tersebut tetapi takde rasa apa2 pun. Misteri memang misteri. Mungkinkah ada sesuatu yang jatuh dari angkasa ke dalam tasik yang mempengaruhi kejadian tersebut?
Kisah terbaru tentang UFO di Malaysia ialah di Tuaran Beach Resort. Ramai saksi yang melihat dan merakam gambar UFO tersebut. Adakah UFO ini ada kaitan dengan makhluk halus seperti Jin atau Syaitan? Ataupun adakah ia hanya pesawat pengintip dari negara jiran?



Dua Gambar di atas ialah gambar yang berjaya dirakam di Tuaran Beach Resort, Sabah



Video di bawah ialah video yang berjaya dirakam di Alor Setar dan sekitar Kuala Lumpur
Popout
Popout
Popout

Trivia : 12 JENIS PEREMPUAN SINGLE ... MESTI BACA...

http://2.bp.blogspot.com/-pFH805GH0D0/TklQkAYkkxI/AAAAAAAAAMI/yzOLonaipO0/s320/267936_10150229153537997_668912996_7321852_4326148_n.jpg



1. Pencari Teman Hidup
Perempuan jenis ini percaya bahawa setiap orang memiliki belaian jiwa dan ia akan melakukan apa saja untuk bertemu jejaka pilihannya. Sayangnya, kadang-kadang mereka terlalu fokus untuk mencari jejaka yang tepat sehingga menyebabkan para jejaka lain terpaksa menunggu untuknya.

2. Bangkit Semula
Mereka yang baru saja mengakhiri hubungan yang menyakitkan akan melakukan apa saja yang boleh dilakukan untuk bangkit dari hubungan terdahulu dan menjadi lebih baik. Mereka tidak menyesali apa yang terjadi dan berusaha mengambil hikmah dari semua peristiwa yang terjadi.

3. Tak Peduli
Perempuan seperti ini lebih suka membiarkan hidupnya berlalu begitu saja. Dia lebih suka hidup sendiri daripada memburu lelaki dengan berbagai cara. Bila akhirnya dia bertemu jodoh, hal itu hanya akan terjadi secara kebetulan.

4. Menunggu
Mereka percaya dengan kisah-kisah dongeng, di mana para perempuan menunggu untuk "diselamatkan" oleh seorang putera. Perempuan macam ini yakin dimana pada suatu saat akan ada lelaki yang mampu mengambilnya dan mereka memilih menunggu kehadiran jejaka tersebut.

5. Bebanan Kahwin
Seumur hidupnya, dia memuaskan keinginan dirinya untuk meraih kepuasan, sama ada dalam karier, pergaulan, mahupun pencapaian lainnya. Ketika akhirnya mereka berasa sudah sampai waktunya mencari calon suami, mereka akan menghentikan sahaja segala aktiviti yang menjadi keutamaannya.

6. Bebas
Perempuan pada kategori ini selalu khuatir disebabkan mereka harus memilih antara hidup sendiri dan berkomitmen. Biasanya, mereka akan memilih hidup sendiri, tetapi bebas menentukan arah hidupnya.

7. Ingin berkahwin
Perempuan ini biasanya akan berkhayal tentang suatu pernikahan setelah seumur hidupnya tidak memikirkan konsep pernikahan. Hal ini biasanya didorong oleh suatu peristiwa besar yang membuka fikirannya bahawa sesuatu yang diyakininya ternyata tidak tepat.

8. Pembelot
Perempuan yang tak lagi ingin hidup dengan cara yang sama yang dijalani komunitinya meskipun dulunya dia juga mengamalkan gaya hidup tersebut. Dia ingin menemui cara yang sesuai dengan pilihan hatinya meskipun itu bererti dia harus meninggalkan kawan-kawannya.

9. Ingin Perbezaan
Perempuan yang ingin berkahwin, tetapi juga merasakan kekuatan untuk menjalani suatu pernikahan yang tidak konvensional. Perbezaann itu biasanya bermula sejak penentuan konsep pernikahannya.

10. Menjadi ibu
Perempuan jenis ini selalu berfikir, suatu ketika nanti dia pasti akan menjadi seorang ibu. Namun, dia berharap tidak ada orang lain yang mendesaknya agar segera merealisasikan harapannya itu. Bahkan, kadang-kadang dia sebenarnya akan berasa tidak patut berkahwin untuk mempunyai anak.

11. Lambat dan mantap
Perempuan jenis ini, mungkin juga seperti kebanyakan perempuan lainnya, berharap berkahwin pada waktu yang tepat. Sementara itu, dia akan berusaha sekuat tenaganya untuk tidak menghiraukan segala desakan atau tekanan dari kawan-kawan atau keluarganya untuk segera berkahwin.

12. Perintis
Perempuan jenis ini berasa kehidupan pernikahan tidak sesuai untuknya. Maka, dia akan cuba mencari cara baru untuk mendapatkan kebahagiaan.

Dakwah : 15 KELEBIHAN KAABAH DARI SUDUT SAINTIFIK...

http://1.bp.blogspot.com/-X7ehteaVsEY/TvxFPQlvUeI/AAAAAAAAA14/ixulI6gc8nE/s1600/1.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-kpTu0XBwXO4/TwWsHtV4KxI/AAAAAAAAANc/rIt7Vdlo-lA/s640/kaabah.jpg
TAHUKAH KAMU SEMUA?



Binaan Kaabah yang merupakan kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram di 
Mekah. Ia merupakan bangunan yang harus dikunjungi jemaah haji. Sedikit maklumat  
berkaitan Kaabah yang tidak kita ketahui sebelum ini.


Cara tunaikan tawaf di Kaabah,Mekah 


1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.


2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang 

membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan 

untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi = doa akan 

termakbul kerana di situ adalah tempat gema atau ruang dalam masa serentak.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh 

 dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali  
tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu 
terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam 

Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam 
Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.. 

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang 

ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang  
paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan 

terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah. 

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara  

semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut 
lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. 

Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran 
darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. 
 Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang 
umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. 

 Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan 
 melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad 
jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu 

roma (lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang 
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti 
dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik 
keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru. 

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk 

melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya 
adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya 
hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.
 — 

Fenomena Alam : Apabila Langit Bergelora Melanda Sarawak di Daerah Miri...

Terdapat dakwaan gambar² ini semua diambil dari negeri Sarawak di Daerah Miri. Apapun sumber dakwaan tersebut tidak dapat disahihkan keasliannya oleh admin. So, bagi saya cukuplah kita melihat kebesaran ini walau dimana sekalipun ia terhasil tidak penting, apa yang penting adalah kesedaran bahawa manusia terlalu kecil untuk melawan kebesaran Allah swt.

 
 

Teori Konspirasi : Kematian Michael Jackson

Jika di Hollywood begitu ramai sekali artis-artis tajaan mereka seperti Madonna, Jay-Z, Rihanna dan ramai lagi. Begitu mudah bagi mereka untuk menjatuhkan dan menaikkan seseorang artis yang mereka mahukan semudah A B C, 1 2 3 kerana merekalah yang menguasai segalanya. Tetapi bukan semua artis mereka hanya mengikut telunjuk seakan 'puppet' yang dimainkan tali mengikut gerak atur 'The Elite'. Jika mereka tidak mengikut seperti apa yang dirancang, maka hancurlah karier mereka malah lebih teruk lagi mereka tidak berpeluang melihat matahari terbit lagi.


Micheal Jackson! MJ boleh dikategorikan sebagai artis terhebat sepanjang zaman dan mungkin tiada pengganti. Siapa sangka MJ adalah mangsa mind control dan berkhidmat untuk 'The Elite' sejal kecil lagi. Bakat yang dikurniakan kepada MJ telah digunakan 'The Elite' dan menjadikan MJ sebagai seorang penghibur yang hebat tiada tanding. Hal ini tidak berpanjangan kerana MJ telah membelot dan menentang mereka. Sejak dari itu, imej MJ telah diburukkan dengan skandal seks dan bermacam-macam lagi. Sehinggalah akhirnya beliau mati dibunuh. Hanya 2 pilihan diberikan kepada mereka, samada mengecapi kemewahan dan kemasyuran berterusan dengan terus berkhidmat untuk mereka atau akan mengalami kejatuhan dan kisah hidup berakhir dengan tragis. Inilah permainan The Hidden Hand!


Hayatilah lirik-lirik lagu MJ ini, ada mesej yang ingin disampaikan oleh beliau kepada kita semua.
All I wanna say is that
They don't really care about us
All I wanna say is that
They don't really care about us
'The Elite' tidak menghiraukan nyawa kita semua. Mereka hanya pentingkan pelan mereka berjalan lancar tanpa sebarang masalah walaupun banyak nyawa terkorban dengan selaga bentuk penindasan dan peperangan.
Beat me, hate me
You can never break me
Will me, thrill me
You can never kill me
Jew me, Sue me
Everybody do me
Kick me, Kike me
Don't you black or white me
Menerangkan kepada kita bahawa ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau dan semangat beliau tidak akan luntur menentang mereka
Tell me what has become of my life
I have a wife and two children who love me
I am the victim of police brutality, now
I'm tired of bein' the victim of hate
You're rapin' me of my pride
Oh, for God's sake
I look to heaven to fulfill its prophecy...
Set me free
Beliau menjadi mangsa tuduhan seks terhadap kanak-kanak dengan bertujuan menjatuhkan beliau dan beliau mahu mencari kebenaran. Mungkin melalui Islam beliau telah mendapat kebenaran yang dicari-cari

Banyak lagi lagu-lagu beliau yang mempunyai mesej-mesej kepada kita semua. Secara tidak langsung beliau telah memberi amaran kepada kita siapa musuh kita sebenar. Inilah Peace, Love And Harmony yang diperjuangkan oleh Micheal Jackson ini.




Konspirasi Pembunuhan MJ



Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

 Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

 “Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

 Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

 Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.


Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.
Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.



Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.



Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelik kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang islam.

Kreatif : Patung Wanita Gergasi Tengah Mandi....




Menurut laporan, scuplture terapung adalah ciptaan Oliver Voss, ketua pengiklanan akademi Miami Ad School. Ia dikenali sebagai “perenang” Ia berkata kepada 13 kaki tinggi dan 98 kaki panjang, dan telah dibuat untuk menunjukkan seorang wanita yang menikmati sendiri mandi di tasik. Laporan berkata bahawa ia telah dibuat daripada keluli dan styrofoam.

Bukan semua orang suka karya seni. Datuk Bandar Markus Schreiber dilaporkan berkata bahawa “pemandi” sebenarnya “sullied tasik yang tercinta.”
Ukiran wanita terapung akan dipamerkan untuk hanya 10 hari, kata laporan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Special to be open:

My Blog List

e-referrer:

CLICK THIS TO CLOSE BANNER

Backlinks

blogr.my Kartikel Ping Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ALL-CHE-BACKLINKS Free Auto Malaysia Backlinks

Blog Archive