Click Like To Support

Click Like To Support This Pages / Klik Suka Tanda Sokongan Pada Halaman Ini
Sponsor By : / Ditaja Oleh :

For more informations :

DAFTAR DAN DAPAT RM100...
ANDA LAMBAT... ANDA RUGI...

Video Youtube: video sekitar majlis pertunangan Liyana Jasmay... MESTI TONTON....

 Jom layan Video nih...
gambar preview
VIDEO SEKITAR MAJLIS LIYANA JASMAY BERTUNANG


Popout


Haaa... sweet tak beliau... Hehehehe.. Itu sahaja kot video majlis pertunangan liyana jasmay nih kan?? Rasanya tak ada yang lain dah kot.. Apa2 pun tahniah diucapkan kepada liyana jasmay yang kecik molek tuhh yerr.. Semoga berbahagia...

Kajian Sejarah :Bangsa Melayu Berasal Daripada Keturunan Bani Israel Yang Hilang?


Daripada apa yang saya baca, Melayu/Mala/Malai bermaksud gunung, jadi melayu bermaksud bangsa gunung, lagipun bukan ke bangsa Melayu/Malai/Mala daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s., jadi tidak mustahil bangsa Melayu ini berasal daripada salah satu kaum Bani Israel yang hilang. Nak tahu mengenai sejarah-sejarah dan rahsia-rahsia bangsa Melayu/Mala/Malai/Bangsa Gunung yang berasal/dilahirkan dari ibunda Keturah/Qeturah, iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. yang berasal dari kerajaan Melayu Kemboja purba atau Champa Kuno serta hubung kait bangsa Melayu dengan salah satu kaum Bani Israel yang hilang dan telah mendapat hidayah Allah SWT serta akan menentang kaum-kaum Bani Israel yg sesat atau bangsa yahudi di negara haram Israel sekarang di Tanah Yang Dijanjikan.
BANGSA YANG HILANG (The Lost Tribe)

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun. Jika ada, hanyalah untuk menjejak sejarah mereka sahaja. Tetapi bagi Yahudi Zionis, ianya amat perlu. INI ADALAH KERANA MEREKA AMAT PERCAYA DENGAN RAMALAN DI DALAM KITAB-KITAB AGAMA LEBIH-LEBIH LAGI DI DALAM AL-QURAN. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu iaitu:
1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin
Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. Antaranya, Afghanistan , Pakistan Utara (Patan/Pashtun), sedikit India, sedikit Myanmar, sedikit China, sedikit Jepun, sedikit Filipina, sedikit Western Samoa, sedikit Tonga, sedikit Ecuador , sedikit Madagascar dan sedikit Hawaii.
Namun begitu kesemua mereka tahu berkenaan asal-usul mereka (bercanggah dengan prinsip ‘lost tribe’). Termasuk di Afghanistan dan Pakistan Utara juga (namun yang beragama Islam cuma di Afghanistan dan Pakistan Utara – sebab itu mereka diserang oleh Yahudi Amerika dan Russia). Dalam pada itu, seorang Professor di Amerika bernama Ralph Olssen telah membuat hipotesis baru. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh’the lost tribe’. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Kemudian Profesor Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan tutut membuat kajian DNA juga. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk menguatkan lagi cerita, tidak ada seorang Melayu pun yang tahu mengenai salasilah keturunan Bani Israel mereka. MALA ADALAH THE LOST TRIBE YANG SEBENAR, LEBIH TERSEMBUNYI DARI THE TRIBE OF DAN. Maka jika berpandukan kepada kitab Yahudi tua menunjukkan bahawa ‘lost tribe’ daripada kalangan Manasseh (anak Nabi Yusuf a.s.) yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia adalah terdiri daripada orang-orang Melayu.

Mengikut manuskrip kuno yang diselewengkan menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu daripada kumpulan Lehi (iaitu terus daripada Manasseh , iaitu anak kepada Nabi Yusuf a.s.). Nabi Yusuf a.s. ada 2 orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim). Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu oleh seorang professor perempuan di UKM baru-baru ini, terdapat 27% variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu. Dalam kamus sains, DNA Mediterranean adalah daripada bangsa Euro-Semitik termasuk dari Bani Israel!
Hipotesis ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) tetapi teori Ralph Olssen mengenai pengembaraan bangsa yang hilang ‘the lost tribe’ ke Bumi Mala adalah sesuatu yang menarik dan amat bertepatan dengan apa yang dibincangkan sebelum ini. Kenapakah Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini ’Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manuskrip kuno tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia?
Dari mana salasilah “Melayu”. Yahudi memburu saki baki keturunan Nabi Yusuf a.s.? Kenapa? MAHADI berasal daripada darah keturunan Nabi Ibrahim = Ishak+Ismail+ “Q” ?.  Apakah itu ”3Mim”? Tiada NABI diutus ke Nusantara? Islam bertapak kukuh dikelilingi Hinduism dan Budhism, kenapa?
MELAYU – JAWI

Siapakah Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai pengkaji memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ‘di penghujung dunia’. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan. ‘Di hujung dunia’, setelah penat mengembara, bangsa misteri ini berehat dan berehat… tidur dengan lenanya… senyap sunyi tanpa siapa mengganggu walaupun Hitler telah pergi ke Tibet menjejak bangsa misteri, tetapi dia juga ketinggalan jejak mereka. Dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka?
‘Dihujung Dunia’ bangsa ini masih nyenyak tidur!
KETURAH, IBU MELAYU
Dalam Kitab Perjanjian Lama ada diabadikan perihal Keturah yakni wanita yang dinikahi oleh Nabi Ibrahim a.s  selepas kewafatan Sarah. Menerusi perkahwinan tersebut, Keturah melahirkan enam orang putera iaitu Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah.  Menurut riwayat Ibnu Athir dalam kitabnya, Al-Kamil fil Tarikh, umat Nusantara termasuk Melayu bersalasilah secara terus dengan Ibrahim melalui zuriatnya dengan Keturah ini.
Mengikut catatan Ibnu Yusof dalam kitab Permata Yang Hilang, ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Nabi Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Nabi Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Apa maknanya semua ini? Maksudnya, Melayu, Arab dan Yahudi itu bersaudara – dari asal yang sama. Tetapi siapakah Keturah?
Menurut satu versi daripada sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah . Anak-anak mereka inilah menjadi pengasas kepada bangsa Melayu. Melayu diambil dari perkataan ‘Mala’ (nama bangsa asas Keturah). Lihat, nama ini sama dengan nama yang tertulis dalam manuskrip yang dikaji oleh Ralph Olssen.
Bukan itu sahaja, keturunan Keturah inilah yang ramai tinggal di Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo, Sulawesi dan Mindanao. Kesemua tempat ini merupakan tempat yang mempunyai tulisan purba yang diadaptasi daripada tulisan Semitik Purba (termasuk di dalamnya tulisan Aramaik Kuno dan Ibrani). Tulisan Rencong adalah tulisan rasmi Melayu. Jawa dan Bugis juga mempunyai tulisan yang hampir serupa. Agama rasmi Melayu adalah agama Jawi. Agama Jawi adalah agama Nabi Ibrahim a.s.  Jawi dikatakan ada perkaitan dengan Levi, iaitu anak kepada Nabi Yaakob a.s. Levi merupakan ketua Ulama dan ketua Rahib bagi agama Nabi Ibrahim a.s. di kalangan Bani Israel. Sejak penggalian di sebuah daerah di Jordan dan telah menemui kota purba yang bernama Jawi/Jawa (Jevi), minat sarjana Barat untuk mengkaji bangsa Mala semakin kuat. INGAT, YAHUDI/BANI ISRAEL BUKANLAH MELAYU TETAPI KEDUA BANGSA PURBA INI ADA INTERAKSI ANTARABANGSA PADA MASA SILAM.
Keturah bukanlah Melayu. Walaupun beliau melahirkan bangsa Melayu, Keturah adalah daripada bangsa Mala. MELAYU ADALAH BANGSA MALA + (YANG MEMPUNYAI DARAH KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S). Sekiranya kita lihat orang-orang asli seperti Mahmeri dan Jakun, bahasa mereka adalah diambil daripada bahasa Mala. Semua bangsa seperti Mahmeri, Jakun, Iban, Kadazan, Melanau, Bajau, dan seumpamanya adalah merupakan bangsa asal Mala. DNA bagi bangsa ini adalah 01m-19a. Ini menerangkan Keturah mungkin berasal daripada satu kerajaan purba yang sedia ada di Timur ketika zaman Nabi Ibrahim a.s. (ada versi yang mengaitkan ‘Mala’ dengan ‘Mon’) tetapi ini bukan kaum Mon pada hari ini kerana pertama kaum Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya dan yang kedua jika terdapat ‘benang-benang merah’ sekalipun antara Mon dan Melayu ia adalah proses asimilasi Mala/Melayu yang kompleks dengan etnik-etnik Indochina. Perlu diingat Melayu juga boleh kehilangan identiti mereka akibat penjajahan, perang atau pemaksaan budaya seperti yang berlaku pada orang Melayu di Cape Town, Filipina, Thailand dan sebagainya. Jadi orang Mon pada hari ini bukanlah Melayu pada ertikata sebenarnya kerana akibat percampuran etnik yang kompleks walaupun cendekiawan mereka masih mencari-cari kerajaan purba mereka yang dinamakan ‘Suvarnabhumi’-menunjukkan mereka mungkin masih mahu menjejak moyang Mala mereka).
Jika kita lihat DNA Melayu Kedah dan Iban, kedua-dua mereka mempunyai persamaan. Tetapi kenapa Melayu Kedah (mewakili kepada semua Melayu di semenanjung dan Indonesia yang pernah mempunyai peradaban dan kerajaan) lebih bijak dan segak? Ini adalah kerana mereka daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s. dan Keturah. Begitu juga Melayu Selangor, Perak, Johor dan lain-lain serta Mahmeri. Kedua-dua puak ini mempunyai DNA yang serupa. Namun Melayu Selangor jauh lebih bijak dan segak daripada Mahmeri. Punca perbezaan adalah daripada genetik Nabi Ibrahim a.s. Jadi jika kita menjejak Melayu dari susur galur Mala Kuno (iaitu jurai Keturah dari kerajaan misteri dari Timur Jauh ini), jejak akan menjadi lebih kompleks, merangkumi persoalan Ophir, Tanah Punt (The Land of Gods-nenek moyang Firaun Purba), kerajaan-kerajaan misteri sezaman atau lebih tua dari era Nabi Ibrahim a.s. dan Akkadia-Babylon hinggalah era sebelum Banjir Besar, Lemuria dan Atlantis. INI ADALAH KISAH YANG LAIN. MISTERI YANG LAIN.
Jawab soalan ini. Bagaimana Ptolemy boleh mengetahui peta lengkap Semenanjung Tanah Melayu pada abad kedua Sebelum Masehi berserta gelaran Golden Chersonese (Semenanjung Emas)? Padahal mengikut sejarah moden orang-orang Barat hanya sampai di dunia sebelah sini selepas ekspedisi penjelajah Sepanyol dan Portugis seperti Magelland. Terdapat kemisterian di situ. Sama seperti Piri Reis yang membuat peta paling misteri di dunia berdasarkan manuskrip peta-peta kuno, Ptolemy juga mendapat sumber yang sama, daripada manuskrip peta-peta kuno lama sebelum era Yunani. Sebahagiannya daripada era Firaun kuno (ingat, perpustakaan Iskandariah yang terkenal, yang menyimpan sejumlah besar manuskrip purba).
Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai ‘benang-benang merah’ dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini), Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi , Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.
Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori Kapak Tua dan bangsa Kamboja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkeologis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).
Kamboja, Aryan, Mala, Manessah, suku Sakya dan Buddha.
Bangsa Mala itu memang bukan daripada Yahudi. Perlu diingatkan Yahudi itu daripada seorang lelaki bernama Yehudah (Anak Nabi Yaakob a.s yang berkomplot dengan abangnya Shimon(Simeon) untuk membunuh Nabi Yusof a.s.).  Sedangkan hipotesis daripada Ralph Olsen mengatakan bahawa Bangsa Mala ini daripada Bani Menasseh anak kepada Nabi Yusof a.s ini jelas apabila kajian DNA telah dilakukan pada puak ‘Bani Menasseh’ di daerah Assam, Burma telah mengesahkan bahawa mereka mempunyai DNA bangsa Israel. Daerah Assam adalah laluan Mala-Deutro@bani Menasseh yang lari daripada peperangan Assyrian yang membumihanguskan Kota Nineveh kerajaan Judah. Kajian mengatakan Bahasa Melayu juga wujud di daerah Assam. Oleh kerana itu, bangsa Mala yang sifatnya tidak menyenangi ‘Yahudi’ ini memang ada kaitan dengan sirah Nabi Yusof a.s yang dibuang dalam perigi oleh saudaranya iaitu Shimon dan Yehudah.

Disini adalah ditegaskan sekiranya bangsa Mala ada bloodline dengan bani Menasseh (Keturunan Nabi Yusof a.s@Joseph), maka layaklah digelar berketurunan Bani Israel bukan Yahudi. Kerana Bani Israel itu bertebaran luas di bumi ini yang mana ia lahir daripada 12 anak keturunan nabi Yaakob a.s, sedangkan Yahudi hanya salah satu suku kaum dalam ras bani Israel. Samalah dalam kes pendita Yahudi yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. itu Yahudi, lalu Allah SWT tegaskan baginda bukan Yahudi. Mana tidaknya, Yahudi hanyalah salah satu suku kaum daripada Bani Israel yang wujud lama selepas Nabi Ibrahim a.s. Seperkara lagi bangsa Bani Israel bertebaran hingga ke bumi Afrika dan puak Lembah Afrika memang ada mempunyai genetik Bani Israel dari Bani Benjamin@Bunyamin iaitu adik kepada Nabi Yusof a.s malahan di China juga mempunyai keturunan Bani Isarel yang sudah bercampur dengan bangsa Cina iaitu Puak Cina Kaifeng.
Oleh yang demikian, “Lost Tribe Israel” sememangnya lari ke sebelah Asia melalui ‘Laluan Sutera’ untuk turun ke Yunnan, Mekong dan Indochina hinnga terserap dalam bangsa Mala (Hari ini pegang syariat Nabi Muhammad s.a.w. yakni Islam). Ada yang terpisah ke China lalu membentuk komuniti Kaifeng.

Maka bani Israel merangkumi keturunan Nabi Ibrahim turun kepada Ishak lalu Yaakob dan turun kepada seluruh 12 anak nabi Yaakob a.s. Maka pengkhianatan Yahudi (Perisitwa Samiri dan Sapi) adalah pilihan puak Yahudi itu sendiri dan tiada kaitan dengan ras Israel lain yang masih memegang syariat mentauhidkan Allah Taala.
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipotesis Dr. Ralph Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk website beliau, link: www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka akan lengkap dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk menjejaki lost tribe disebelah South East Asia region.
- – – - - – – – – – – – – – – – – – – – – - - – – - - – – – – – – – – – – – – – – – – - - – – - - – – – – – – – – – – – – – – – – -
Kajian ini hanyalah satu kajian untuk mencari asal-usul Kaum Melayu. Tidak perlu kita percaya bulat-bulat tentang kajian ini, hanya jadikan ia sebagai salah satu bahan bacaan kerana tiada bukti sahih daripada Kaum Melayu dan Islam itu sendiri, kebanyakannya hanyalah berpandukan pada kajian barat dan orang-orang yahudi. Wallahua’lam.
Tetapi sebagai orang Islam, saya berharap dan berdoa kepada Allah SWT supaya kita adalah Muslimin & Muslimat yang akan berada di samping Imam Mahdi di hari kebangkitan nanti. Insya’allah
sumber

ISU PANASSS : Lagu Bawaku Pergi oleh Zizan dan Kaka diharamkan kerajaan...

Lagu Bawaku Pergi oleh Zizan dan Kaka diharamkan kerajaan, Malique luah perasaan!
 

Lagu Bawaku Pergi nyanyian Zizan dan Kaka diharamkan

 
Dalam beberapa minggu lepas, ada satu pihak mendakwa lirik lagu Bawaku Pergi nyanyian Kaka dan Zizan mengandungi unsur unsur tidak baik iaitu menggalakkan remaja lari dari rumah. Namun pendapat itu disangkal oleh ramai orang. Tidak sangka pula, kerajaan telah bertindak mengharamkan lagu itu atas dasar satu pendapat sahaja. Bukan saja kami, malah ramai lagi yang tidak puas hati dengan pengharaman lagu itu. Takkan lah sebab dengar lagu, remaja nak lari rumah kot? Dan punyalah banyak lagu lagu Barat lain yang lebih teruk unsur negatifnya masih dimainkan di negara kita ni, tak diharamkan pun kenapa? 
 

Lirik lagu Bawaku Pergi - Zizan dan Kaka

bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali tengah malam nanti tolong jangan lupa jangan mungkir janji aku dah teruja sudah cukup lama aku tunggu saat ini sejak kali terakhir kau hantar pulang hidup sungguh sepi tolong jangan bilang mama tolong jangan bilang papa malah jangan bilang teman karibmu jangan bilang sesiapa oh, buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh kali ini kita pergi lebih lama pergi lebih jauh, ayuh bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali mata dalam kaca, topi berceloreng sarung tangan hitam, atas muka ada topeng hanya perlu siul, tidak tekan loceng hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng bawa bekal air muka cuci aib bopeng lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng lari dari kenyataan, mula kisah dongeng tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga tinggal kemewahan cuba cara hidup purba lari-lari baling bola salji depan gua sambil cari yeti kita boleh cari (what?) tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga tinggal kemewahan cuba cara hidup purba lari-lari baling bola salji depan gua tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali bila kita pergi apa kan berlaku siapa kan peduli siapa ambil tahu hidup kita tempuh untuk apa saja tidak kira mana kembara membawa kita kan bersama oh, buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh kali ini kita pergi lebih lama pergi lebih jauh, ayuh bawa aku pergi pacu laju-laju kita lari dari realiti bawa aku pergi pacu laju lagi malah kita tak perlu kembali

Sport Arena : Mourinho Bakal Ganti Ferguson Bersama Man United?



Lagenda Manchester United Bryan Robson percaya Jose Mourinho mempunyai kelayakan yang tepat untuk menggantikan pengurus Sir Alex Ferguson.
Ferguson menyambut hari jadi yang ke-70 dan ulang tahun ke-25 pelantikannya di Old Trafford musim ini dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.
Oleh kerana itu, Robson, bekas kapten Ferguson, tidak fikir United telah memikirkan tentang identiti pengurus seterus mereka.
Tetapi Robson tahu masanya akan tiba untuk isu itu diuruskan dan dia berasa bekas penugurus Chelsea itu, yang kini pengurus Real Madrid, sesuai untuk menggantikan Fergie.
Bekas kapten England itu, yang bercakap di forum Soccerex di Manchester, berkata: “Sejauh mana yang saya tahu, dan dari apa yang saya tahu mengenai Manchester United, mereka tidak menimbangkan perkara itu pada masa ini.
“Bagaimana anda menggantikan Sir Alex Ferguson? Ia hampir mustahil.
“Tetapi mereka akan perlu berbuat demikian dan Mourinho pasti salah satu yang akan menjadi di bahagian atas senarai itu. Rekod beliau bercakap untuk dirinya sendiri.”
Selain daripada kesesuaian Mourinho, yang telah memenangi Liga Juara-Juara dengan Porto dan Inter Milan, Robson merasakan United mungkin ada calon lain yang lebih dekat.
Robson kagum dengan kerja pembantu-pembantu Ferguson Mike Phelan dan Rene Meulensteen dan menganggap mereka sebagai pilihan-pilihan yang baik.
Robson berkata: “Sesiapa yang menggantikan Ferguson akan mempunyai pendapat dan idea-idea mereka sendiri, tetapi kerana kejayaan United dalam tempoh 20 tahun ini, anda tidak boleh suka-suka meruntuhkan segala yang Ferguson telah membina dan membina apa yang anda mahu.
“Bagaimana anda boleh berbuat demikian selepas begitu banyak kejayaan?
“Mengapa tidak Mike Phelan dan Rene mengambil alih dari Sir Alex Ferguson apabila beliau bersara?
“Itu tidak pernah disebut tetapi mereka tahu bagaimana semuanya berfungsi di kelab itu. Ia sentiasanya harus seseorang yang benar-benar terkenal dengan rekod yang baik.

Top News : Zuckerberg Jumpa Perdana Menteri Jepun...

http://media4.mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/03/Zuckerberg-Jumpa-PM-Jepun.jpg

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg di kediaman rasminya di sini semalam.
“Terdapat perasaan yang melucukan untuk melihat anda di sini kerana saya menonton filem itu,” kata Noda kepada Zuckerberg.
Noda merujuk filem The Social Network yang mengisahkan bagaimana Facebook dicipta.
Namun, filem tersebut tidak menampilkan peribadi sebenar Zuckerberg.
“Amat berbeza,” kata pengasas bersama Facebook yang berusia 27 tahun itu sambil ketawa semasa memberi reaksi terhadap kenyataan Noda.
Perdana Menteri itu mengucapkan terima kasih kepada Zuckerberg kerana sumbangan rangkaian sosial tersebut semasa kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku di timur laut Jepun pada 11 Mac tahun lalu.
Laman Facebook itu menjadi tempat komunikasi dalam kalangan penduduk selepas bencana alam tersebut berlaku.
Zuckerberg yang bertali leher dan berkot pula menyatakan, Facebook menumpukan perhatian di Jepun kerana terdapat peningkatan bilangan pengguna sejak kebelakangan ini.
Facebook mempunyai lebih 10 juta pengguna di negara ini.
“Jepun merupakan satu-satunya negara di luar Amerika Syarikat yang mempunyai sebuah pejabat kejuruteraan kami kerana kami komited untuk menghasilkan produk yang amat bagus di sini,” kata Zuckerberg.
Kelmarin, pengasas Facebook itu berada di Shanghai, China bersama kekasihnya.
Zuckerberg akan menghadiri majlis untuk pihak yang terlibat dalam pembangunan telefon bimbit, Mobile Hack Tokyo di sini.- Reuters

Ragam : Potong kaki sendiri kerana malas kerja


Seorang lelaki yang hampir mati selepas memotong kakinya untuk membolehkan dia terus mendapat elaun ‘menganggur’ terkejut apabila diberitahu dia masih boleh bekerja walaupun kakinya kudung.

Hans Url, 56, yang sudah tidak bekerja dalam tempoh lama diberitahu bantuan diberikan kepadanya akan dihentikan jika dia tidak menerima tawaran kerja yang diberikan oleh kakitangan pusat pekerjaan.

Dan apabila dakwaannya menyatakan dia terlalu sakit dan tidak gemarkan pekerjaan ditawarkan itu diganti dengan tawaran perubatan, dia mengambil langkah drastik. Url dari Mitterlabill, selatan Austria, mengambil mesin gergaji dan memotong kakinya - sebelum mencampakkannya ke dalam ketuhar bagi memastikan tiada pakar bedah dapat menyambungkannya semula.

Bagaimanapun, kakitangan pusat pekerjaan memusnahkan rancangan Url itu apabila mereka memberitahu kecacatan dialaminya itu tidak mengecualikan dia untuk tidak bekerja. Jurucakap polis Franz Fasching berkata: “Rancangan Url memang licik. Dia menunggu hingga isteri serta anak lelakinya keluar dan hanya dia bersendirian di rumah.


“Dia kemudian memetik suis mesin gergaji itu dan memotong kaki kirinya di atas paras buku lali - mencampakkannya ke dalam api, supaya ia tidak boleh disambung semula sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan. “Dia kemudian mengesot ke garaj di mana dia menghubungi petugas kecemasan dan menunggu mereka tiba.” Polis memberitahu Url hampir mati akibat kehilangan banyak darah sebelum petugas paramedik tiba di kediamannya. Mereka turut menemui kakinya yang dipotong di dalam ketuhar. - DM

Free Software Download : Google Chrome 18.0.1025.142 Stable Multilingual from PortableAppZ by Bernat

Posted Image

This program is a simple GUI front-end for the x264 H.264/AVC encoder.Thanks to Avs2YUV, this program can use the 64-Bit version of x264 with the 32-Bit version of Avisynth. This way you can keep on using your favorite 32-Bit Avisynth plug-ins (e.g. DGDecodeNV) and still benefit from the speed improvements of 64-Bit x264. Of course you can also use 64-Bit Avisynth, which is still considered experimental, if desired.

And of course you can use x264's built-in LAVF/FFMS input instead of Avisynth just as well. Moreover this program provides full batch encoding support. This means that you can run several encoding jobs in parallel. Or you can let them run in sequence - one by one.


http://www.filefactory.com/file/dnlwjfqvu51/n/C-202SX264L.rar

Makhluk : Apabila Ikan Jerung Menjadi Kanibal....

Ini merupakan spesis jerung lantai atau 'carpet shark' yang lebih dikenali sebagai jerung webbegong.  Ia biasanya ditemui di laut pasifik hingga ke lautan india.  Gambar yg di ambil di Great Barrier Reef di Australia ni menunjukkan ia sedang menelan jerung jenis Brownbanded Bamboo.. awesome!



Free Download Movie : Bunohan (2012) [Malay] Eng.Hardsub PPVRip Rmvb,Mkv,Avi-Jie - Full Movie






Popout
Release Date: 08 Mac 2012 | Country: Malaysia | Language: Malay | Genres: Action,Drama | Subtitle: English Hardsub | Size: 350MB Mkv,270MB Rmvb,700MB Avi | Quality: PPVRip – Jie Azz
Sinopsis: Berlatarkan sebuah kampung di Kelantan, Bunohan menceritakan 3 adik beradik yang terasing – Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil ‘Bunga Lalang’ peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham. Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.

::INFO::
Source: Bunohan (2012) PPVRip RMVB/MKV-KURYU
Ripper: JieAzz
Encoder: Kuryu
Genre: Action | Drama
Runtime: 97 min
User Rating: N/A
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: English
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt2041321/

FOR SUBTITLE:
SEACRH HERE
SEACRH HERE
PLOT MOVIE
“Bunohan” is both a village in backwater Malaysia and also a Malay word for “murder”, and as it were, it is a story that opens with a vicious Muay Thai fight-to-the-death in Thailand, in which the badly outclassed Adil (Zahril Adzim) is rescued by his best friend Muski (Amerul Affendi). However, because he’s betrayed the terms of the match, Adil has to flee Thailand, and hot on his heels is hired killer Ilham (Faizal Hussein), who’s been hired by the crooked promoter Jokol (Hushairy Hussin) to kill Adil. Ilham left home as a youth, so he doesn’t realize that he and Adil actually are half-brothers. The chase takes the two men back to their village of Bunohan, where coincidentally, Bakar (Pekin Ibrahim), who is Adil’s older brother, also returns in order to look after their ailing father. Unbeknownst to them, Bakar has much darker motives than that of a dutiful son. What fates await the three men back home, when in Bunohan; home is where the heart breaks
::SCREENSHOT::
PREVIEW SCREENSHOT RMVB
PREVIEW SCREENSHOT MKV


 
MKV FILE


PART1 | PART2

PART1 | PART2

SINGLE LINK

SINGLE LINK

RMVB FILE


PART1 | PART2

PART1 | PART2

SINGLE LINK

SINGLE LINK

AVI FILE


PART1 | PART2 | PART3 | PART4

PART1 | PART2 | PART3 | PART4

SINGLE LINK

SINGLE LINK


DOWNLOAD
RMVB VERSION
UPLOADED
OR
KONGSIFILES
OR
JUMBOFILES PART 1
JUMBOFILES PART 2
OR
MEDIAFIRE PART 1
MEDIAFIRE PART 2
MKV VERSION
FREAKSHARE
OR
UPLOADED
OR
KONGSIFILES
OR
JUMBOFILES PART 1
JUMBOFILES PART 2
OR
MEDIAFIRE PART 1
MEDIAFIRE PART 2

Kreatif : Arca manusia yang di perbuat dari Dawai....


Seorang lelaki dengan hasil kreatif nyer dapat menghasilkan dawai yang murah menjadi sesuatu yang berharga dengan membentukkan dawai tersebut kepada beberapa arca berbentuk manusia.
Derek Kinzett telah membuat arca kehidupan bersaiz manusia yang menakjubkan seperti tukang kebun , pari-pari, wanita daripada dawai bergalvani.
Derek Kinzett 45 tahun itu membelanjakan sekurang-kurangnya 100 jam untuk membuat setiap model yang dijual dengan harga sekitar £ 6.000 setiap satu .




Makhluk : Anak Ayam Berwarna Warni Dijual Di China....


Tahukah anda bahawa ayam-ayam ini disuntik dari dalam telur lagi?ianya tidak diwarnakan setelah lahir. Kerana kalau diwarnakan dari telur, warnanya akan lebih menyerlah.


Dekorasi : Bangunan Pelik Di Serata Dunia...

Inilah antara koleksi gambar2 bangunan yg terpelik dan juga kreatif di dunia..Jom usha gambar tersebut..


World Records: Wanita Tindik Pada Badannya Paling Banyak Di Dunia....

Airmata yang mengalir pada wajah wanita ini jelas menunjukkan kesakitan yang dihadapainya, bukan sekali, bukan 2 kali, dan bukan juga 10 kali, tetapi 3,200 kali tindikan yang dilakukan diatas badannya sekali duduk atau berbaring, itulah yang dimaksudkan dengan tindik pada pada paling banyak di dunia hanya dengan sekali duduk atau berbaring.

Beliau ialah Staysha Randall dari Las Vegas yang telah berjaya memecahkan rekod dunia. Memang hebat !




Santai : Jangan Tertipu Dengan Gadis Cantik Di China...

Mereka semua kelihatan cantik kerana memakai solekan.tetapi sekali solekan tersebut hilang, cuba tengok rupa sebenar mereka.Cantik lagi ke ??




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Special to be open:

My Blog List

e-referrer:

CLICK THIS TO CLOSE BANNER

Backlinks

blogr.my Kartikel Ping Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ALL-CHE-BACKLINKS Free Auto Malaysia Backlinks

Blog Archive