
BUKIT BERUANG – Polis Melaka meminta keprihatinan orang awam untuk mengesan seorang suspek yang terlibat melarikan kereta peronda polis.
Suspek berasal dari Kampung Baru Kanan, Kemasek, Kemaman, Terengganu juga dikehendaki membabitkan dua kes dadah.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, dalam kejadian jam 9.50 malam semalam, suspek ke Balai Polis Trafik Alor Gajah untuk membuat laporan kemalangan jalan raya berlaku pada 14 Februari lalu.
“Tetapi nama suspek disenaraikan sebagai orang dikehendaki yang bersangkutan dua kes dadah di Pengkalan Chepa, Kelantan dan Tanjung Minyak, Melaka.
“Apabila mengetahui dirinya dikehendaki polis, suspek melarikan diri sebelum ditangkap semula. Dia tidak digari kerana tangan kanannya bersimen akibat kemalangan,” katanya.
Menurutnya, ketika dimasukkan ke dalam kereta peronda, suspek berjaya ke tempat duduk pemandu dan mengunci kesemua pintu sebelum melarikan kereta terbabit.
“Kereta peronda berkenaan ditemui pada jam 2.30 pagi semalam, di Kampung Panchor, Alor Gajah.
“Bagaimanapun, suspek mempunyai lima rekod kesalahan lampau menghilangkan diri,” katanya.
Ghee Lye berkata, suspek mempunyai ketinggian lima kaki dan berbadan kurus, dipercayai akan mendapatkan rawatan dari klinik dan hospital kerana kecederaan dialaminya.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi IPK Melaka 06-2851999 atau Ibu Pejabat Polis Alor Gajah, 06-5564153,” katanya. -SH
For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5
info 6
info 7
info 8
info 9
info 10
info 11
info 12
info 13
info 14
info 15
info 16
info 17
info 18
info 19
info 20
info 21
Hope your good actions
to "SHARE/TWEET" this article ...
Thank you ... (",)
Mohon jasa baik anda
untuk "SHARE/TWEET" artikel ini...
Terima Kasih... (",)











































CLICK THIS TO CLOSE BANNER

