PERHATIAN: UNTUK TAHUN 2012... ATAS PERMINTAAN RAMAI...
SEGMEN POLITIK AKAN DIPANJANGKAN DALAM BLOG INI
UNTUK MEMERIAHKAN SUASANA PRU-13... HARAP MAKLUM..

901 bukan lar kod untuk seluar jeans Levi's...
tapi untuk tarikh 09/01/2012
sembilan januari dua ribu dua belas...

Pemimpin yang penuh dengan kontroversi DSAI
akan jatuh hukum di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur...
Aku tak nak amik port pun pasal kes beliau...
aku pun tak pasti tajuk cerita kes beliau....

Yang aku nak cerita adalah masalah yang bakal berlaku pada warga kota raya
pada tarikh tersebut...
Seperti mana yang kita tahu Bandar Besar KL ni
memang sesak pada waktu puncak...
6-10pg... 12-3ptg.... 5ptg-8mlm...
Nasib baik aku dah tak keje KL....
Office aku pun skrg dkt sebelah rumah jer...
Gi balek keje menapak jer... tak payah bayar tol....
Hmmm... tapi bukan office aku yang nak aku citer....
Berbalik pada KL....
Untuk makluman semua pengguna jalan raya, pada 9.1.2012 kesesakan jalan raya dijangka akan berlaku di sekitar jalan-jalan menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Matrade, Bangunan Kompleks Kerajaan, Hentian Bas Jalan Duta, Masjid Wilayah dan sekitarnya mulai jam 7 pagi.
Jalan-jalan yang terlibat adalah :
1. Jalan Duta dari kedua-dua arah
2. Jalan Kuching
3. Bulatan Segambut
4. Jalan Khidmat Usaha
5. Jalan Ibadah
6. Jalan Dutamas
7. Jalan Persiaran Dutamas
8. Jalan Hikmat Usaha
Oleh yang demikian, Ketua Trafik Kuala Lumpur menasihatkan semua penguna jalan raya supaya mengambil langkah berikut :
1. Elak dari menggunakan jalan -jalan tersebut jika tiada sebarang urusan penting.
2. Kakitangan pejabat yang bertugas dan orang ramai yang mempunyai urusan di sekitar kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan Pengangkutan Awam.
3. Patuhi arahan dan beri kerjasama sepenuhnya kepada anggota polis yang bertugas.
4. Pastikan kenderaan yang diletakkan tidak menghalang lalulintas.
Orang yang ada kete Lambogrini n ferrari pun...
lagi sanggup jalan kaki...
dari terperap dan termenung dalam kete time JAMM Terukkk..

pada 09/01/2011
dijangka lebih 100,000 orang luar akan memenuhi
bandar raya Kuala Lumpur...
Yang sesak bertambah sesak...
Bila Polis buat Road Block...
Tapi polis sendiri pun bagi kebenaran untuk buat demo ini
tetapi bersyarat....
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membenarkan perhimpunan itu diadakan di tempat letak kereta di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini. Antara syarat-syarat yang di keluarkan PDRM ialah:
1-Tidak membenarkan penggunaan risalah dan kain rentang dengan perkataan 'Bebaskan Anwar 901' atau 'Bebaskan Anwar' semasa perhimpunan itu.
2-Penggunaan pembesar suara selain 'loud hailer' tidak dibenarkan. Bagaimanapun, penggunaan dua loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
3-Pengucapan awam tidak dibenarkan sama sekali.
4-Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membuat apa-apa perbuatan, membuat bising serta memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding mahkamah.
5-Tempat perhimpunan yang dibenarkan ialah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke mahkamah. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.
6-Sekiranya kawasan itu sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan, peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan letak kereta mahkamah.
7-Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan peserta perlu memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan, jika perlu.
8-Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh sejam selepas keputusan mahkamah diumumkan.
9-Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan pihak polis dari semasa ke semasa demi menentukan keamanan perhimpunan tersebut.
10-Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut
Selain itu, Polis turut di bantu oleh Super Hero Gagah Perkasa...


Beliau pun nak join untuk berdemo...
Tapi Hero Gagah Perkasa ni suka main sorok-sorok...
Borak jer nak kencang... Tapi entah ler...
Selamat berjuang di ucapkan...

Tapi abg Polis FRU tetap steady...
buat keje relaks jer...
bleh borak-borak lagi dengan orang yang nak berdemo...
aku pun tiada niat untuk menyokong sebarang provokasi..
cuma aku nak beri pandangan di satu posisi yg lain..
901 bagai satu penjenamaan tidak pasti daripada mana
datang idea itu...
ok lah bila demo pastinya
ade orang sponsor...
satu dunia nak tengok ni..
Pihak media dari seluruh dunia
dah berkampung di kawasan Kuala Lumpur...
Semata-mata nak tengok berapa gempak demo ni...
Tahun 1998 dulu pun
boleh tahan "Reformasi"...
Tahun 2012 nak plak
ade brand baru "Turun 901"...

Tapi demo biarlah betul2 demo...
satu dunia nak tengok beb...
confirm masuk youtube...
takde lar segan sgt..
kalau demo murahan yg beli
kad manila 50sen pastu conteng pakai maker..
alamakk aii...
save baget..
sengke ke ape...
ape-ape pun...
berhimpunlah secara aman..
Sememangnya... Kita ada hak untuk bersuara...
kebanyakan group pro pemerintah...
memang akan turut serta...
bertahun mereka berusaha nak sumbat DSAI
masuk blek dalam penjara...
puas lar hati diorang agak nya...
Kuala Lumpur pasti menjadi tumpuan dunia..
KL yg sememang sesak
akan semakin sesak dgn orang yg tak tentu hala...
habis dinding kena conteng...
tapi smart jugak nampak macam seni abstrek...
huhuhuh...

p/s:Klinik Swasta mungkin dah stanby MC untuk pekerja yang buat-buat sakit
pasal malas nak gi keje kalau JAM TERUKKK kat KL....
p/s/s: Kepada budak2 muda tak payah lar buang masa melayan kerenah budak2 tua yang dah nak pencen ni... Ini event untuk budak2 tua... Time macam ni jer lar diorang nak Banyak Kerenah Birokrasi... Lepas ni dah tak dan...
sumber maklumat asal/credit:
-www.illustrasiaku.com
-milosuam.blogspot.com
-tukartiub.blogspot.com
-google search
For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5
Hope your good actions
to "SHARE/TWEET" this article ...
Thank you ... (",)
Mohon jasa baik anda
untuk "SHARE/TWEET" artikel ini...
Terima Kasih... (",)








![windows8-infografik windows8 infografik 10 Ciri Yang Dinantikan Pada Windows 8 [Infografik]](http://beta.my/wp-content/uploads/2012/01/windows8-infografik.jpg)













CLICK THIS TO CLOSE BANNER

