Click Like To Support

Click Like To Support This Pages / Klik Suka Tanda Sokongan Pada Halaman Ini
Sponsor By : / Ditaja Oleh :

For more informations :

DAFTAR DAN DAPAT RM100...
ANDA LAMBAT... ANDA RUGI...

TOP SEARCHING... : Tarikh Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 15 Januari 2012.... Bantuan BR1M sudah bermula... Bantuan RM500... Apa yang perlu anda tahu?? Bila?? Bagaimana?? Kenapa??






Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 15 Januari 2012

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucar tunai, bermula Ahad ini.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pembayaran secara berperingkat itu dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.
Katanya, baucar itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.
“Ia bagi memastikan pembayaran dapat dilaksanakan secara tersusun dan lancar supaya tiada keciciran.
“Dalam tempoh dua bulan itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.
Katanya, kerajaan turut menyediakan kaunter bergerak khas di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.
Sehingga Selasa lalu, sebanyak 4.12 juta borang BR1M diterima dari seluruh negara dan daripada jumlah itu, 3.1 juta diluluskan.
“Baki permohonan sedang diproses dan dijangka selesai esok (hari ini),” katanya.
Husni berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh penyerahan borang BR1M itu selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.
Katanya, orang ramai boleh terus menghantarnya ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi kerajaan berkaitan sehingga tarikh itu.
Bagi pemohon yang gagal, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my.

Bermula 15 jan 2012 neh anda2 yang memohon bantuan rakyat 1 malaysia ataupun dikenali sebagai BR1M boleh menyemak status permohonan anda bagi mengetahui status permohonan anda lebih lanjut. Untuk pengetahuan anda, bantuan akan mula di edarkan bermula pada 15 jan 2012. Lihat di bawah neh. Contoh pemohon yang telah berjaya mendapat bantuan tersebut ;




Anda akan menerima surat yang mengatakan anda layak / tidak layak dalam permohonan BR1M. Dan jika layak, anda akan menerima satu lagi surat yang menyatakan lokasi dan tarikh bantuan rm500 yang akan di edarkan.

Bantuan neh akan berlangsung sehingga 2 bulan iaitu bakal berakhir pada mac 15 2012. Ini bermakna pilihanraya pru-13 kalau pun berlangsung, ia akan berlangsung selepas 15 mac 2012.








Untuk rekod, anda akan menerima surat mengenai status permohonan melalui pos. Kalau ada yang tidak menerima melalui pos dan sebaliknya ada bagi by hand pada anda, sila jangan percaya melulu. 

Anda boleh memeriksa status permohonan anda disini ;

1-800-222-500 

atau 

1-300-88-3010

selepas 16 januari sebab talian hotline itu hanya mula berfungsi pada tarikh tersebut.

Dan lagi satu, yang hantar borang saat2 akhir, janganlah berharap sangat akan dapat jawapan pada awal2 saat. Yang biasanya mereka akan proses pemohon2 yang hantar awal. So bersabarlah.

Dan lagi satu, usahlah marah2 andai mereka menjemput anda ke bangunan umno untuk menerima bantuan neh. Anda kena faham. Ini ialah strategi kempen. Duit itu hak anda. Undi juga hak anda. Pandai2 lah anda tentukan sendiri.

sumber maklumat asal/credit:
-ceritamamat.com
-sozcyili.blogspot.com
 











For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5




Hope your good actions
to "SHARE/TWEET" this article ...
Thank you ... (",)

Mohon jasa baik anda
untuk "SHARE/TWEET" artikel ini...
Terima Kasih... (",)







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Special to be open:

My Blog List

e-referrer:

CLICK THIS TO CLOSE BANNER

Backlinks

blogr.my Kartikel Ping Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ALL-CHE-BACKLINKS Free Auto Malaysia Backlinks

Blog Archive