Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.Gaddafi yang memerintah Libya sejak 1969 itu mati selepas ditangkap oleh kumpulan para pejuang yang menentang kepimpinannya sejak Februari lalu.
Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Gambar Mayat Muammar Gaddafi
(FOTO Muammar Gaddafi dilumuri darah di Sirte, Libya semalam.- Reuters)
(FOTO Muammar Gaddafi dilumuri darah di Sirte, Libya semalam.- Reuters)
For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5
info 6
info 7
NTC sahkan Muammar Gaddafi terbunuh
Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.
Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.
Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.
Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.
Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.
Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP
Dalam rakaman yang disiarkan Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.
Sementara itu, rangkaian televisyen Al Jazeera menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.
Selain itu, Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah. – REUTERS
Dibawah merupakan link pautan Video Youtube di mana Mayat Gaddafi diheret dan dikasari.
SUB-NEWS:
-Muammar Gaddafi dipercayai bersembunyi di kawasan terpencil dikelilingi gunung-ganang bagi menggagalkan usaha kumpulan pemberontak mengesannya, menurut Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), kelmarin.
Sehingga kini jejak Gaddafi masih gagal dikesan walaupun kumpulan pemberontak berjaya menawan kubu kuatnya di Tripoli, 23 Ogos lalu.
Wakil NTC, Mousa Alkoni berkata, bekas pemimpin veteran Libya itu mungkin berpindah-randah di kawasan padang pasir yang luas di bahagian selatan antara sempadan Libya, Algeria dan Niger.
Beberapa ahli keluarga Gaddafi termasuk isteri dan anaknya Aisha serta Hannibal melarikan diri ke Algeria sejak Ogos lalu manakala seorang lagi anak lelakinya, Saadi berada di Niger.
-Sekurang-kurangnya 10,000 peluru berpandu kepunyaan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dilaporkan hilang di Libya, kata seorang pegawai kanan pertubuhan di tengah kebimbangan ia mungkin jatuh ke tangan anggota al-Qaeda.
Majalah Der Speigel di Jerman melaporkan dalam laman webnya, Laksamana Giampolo di Paolo, yang mempengerusikan jawatankuasa ketua tentera NATO, mengadakan taklimat sulit kepada ahli Parlimen Jerman hari ini dan meluahkan kebimbangan mengenai kehilangan itu.
Senjata berkenaan mungkin berada di negara lain dan dalam tangan yang salah, kata laksamana itu.
Spiegel melaporkan ia mungkin berada di mana-mana saja dari Kenya ke Kunduz di Afghanistan.
“Peluru berpandu itu memberikan ancaman serius kepada sistem penerbangan sivil,” kata di Paolo.
Laporan berkenaan menyamai kenyataan dibuat pegawai tentera kepemimpinan baru Libya, kelmarin.
Jeneral Mohammed Adia memberitahu wartawan kira-kira 5,000 roket antipesawat SAM-7 hilang.
“Malangnya, sebahagian peluru berpandu ini mungkin jatuh ke dalam tangan yang salah di luar negara,” katanya kepada wartawan di depan bekas depo senjata pemimpin Libya yang digulingkan, Muammar Gaddafi di Benghazi.
Amerika Syarikat menegaskan ia bekerjasama dengan pemimpin kerajaan sementara Libya untuk memastikan keselamatan senjata, di tengah kebimbangan berhubung pertambahan senjata.
Jabatan Negeri Amerika memperuntukkan AS$3 juta (RM9.3) untuk membantu melupuskan senjata.
Sementara itu di TRIPOLI, sekeluarga empat beranak maut terkena tembakan mesingan kelmarin apabila cuba keluar dari bandar kelahiran Muammar Gaddafi bersama-sama beratus penduduk lain, ketika tentera yang setia kepada bekas pemimpin itu bertempur dengan pejuang revolusi yang mengepung bandar raya berkenaan.
Mayat sepasang suami isteri dan dua anak mereka di bawa ke hospital sementara di luar Sirte, kata doktor di situ, Nuri Naari. Mereka terkena tembakan mesingan ketika memandu ke arah kedudukan pasukan revolusi, katanya. Masih tidak jelas siapa sebenarnya membunuh keluarga itu.
Sementara itu, komander atasan Amerika bagi Afrika memberitahu The Associated Press kelmarin bahawa misi ketenteraan di Libya hampir tamat dan pembabitan NATO dijangka selesai seawal minggu depan selepas pemimpin bersekutu bertemu di Brussels.
Sirte ialah satu daripada bandar raya terakhir masih kekal dalam genggaman tentera yang setia kepada Gaddafi. Selepas beberapa bulan berdepan kebuntuan dalam perang saudara di Libya, tentera antiGaddafi menyusup masuk ke Tripoli Ogos lalu dan pemimpin mereka menubuhkan kerajaan peralihan. Bagaimanapun, pertempuran berterusan dan kegagalan mencari dan menangkap Gaddafi menghalang pemimpin baru negara itu mengisytiharkan kemenangan.
-Ribuan peluru berpandu darat ke udara yang ditinggalkan rejim Muammar Gaddafi yang tumbang di Libya tidak mendatangkan ancaman besar seperti yang dibimbangi kerana kebanyakan kumpulan militan di Afrika kurang ilmu pengetahuan dan peralatan untuk melancarkan senjata itu, kata beberapa pakar.
Peluru berpandu mudah alih SA-7 buatan bekas negara Kesatuan Soviet (USSR) yang dilengkapi peledak kuat dan alat pengesan infra merah itu boleh mencetuskan ancaman serius di Sahel yang merupakan lokasi tempat sekutu kumpulan Al-Qaeda aktif beroperasi.
Beberapa orang bimbang peluru berpandu itu akan digunakan untuk menyerang pesawat komersial jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.
Namun, beberapa pihak lain menyatakan, ia sukar digunakan dan jika tidak dijaga dengan baik, ia akan menjadi besi sekerap.
beberapa sumber menyatakan, kebanyakan peluru berpandu itu ditemui dalam pasaran gelap di rantau Sahara Afrika yang mungkin ditawarkan kepada kumpulan-kumpulan seperti Al-Qaeda.
For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5
info 6
info 7
-Salah seorang anak lelaki pemimpin Libya, Muammar Gaddadi dilaporkan ditahan di perkampungannya di Sirte, demikian menurut Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang kini memerintah negara itu.
-Tentera di bawah pemerintahan baru Libya dilaporkan berjaya mengawal Pelabuhan Sirte, bandar kelahiran bekas Presiden Muammar selepas berlaku pertempuran hebat sepanjang malam .
- Muammar Gaddafi terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, awal hari ini.
- Muammar Gaddafi mati akibat kecederaan semasa dia bertempur di bandar kelahirannya di sini semalam.
- Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.
-Pejuang Libya mengambil alih kubu terakhir yang dipertahankan pengikut setia Muammar Gaddafi di ibu kota Sirte, menjadikan kesemua kampung halaman pemimpin negara yang digulingkan itu berada di bawah kawalan mereka.
-Tentera rejim baru Libya menguasai sepenuhnya Bani Walid semalam selepas menumpaskan tentera setia Muammar Gaddafi yang bertahan selama enam minggu, kata seorang komander.
"Bandar Bani Walid dibebaskan sepenuhnya," kata Saif al-Lasi, komander Brigade Zliten, satu daripada unit tentera Majlis Peralihan Kebangsaan yang dikerah melancarkan serangan terakhir di bandar itu kelmarin.
Katanya, jalan kini dibuka di arah timur ke Sirte, selatan ke Sabha dan barat ke Tripoli.
-Dua buah jentolak yang dikawal sekumpulan lelaki bersenjata mula menjalankan operasi meroboh dinding-dinding sekitar kediaman bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di sini, semalam.
“Kami akan terus merobohkan semua yang pernah menjadi miliknya (Gaddafi).
“Kami mahu kawasan ini dibangunkan dengan organisasi keamanan atau kawasan awam,” kata seorang daripada kumpulan tersebut.
For more information:
info 1
info 2
info 3
info 4
info 5
info 6
info 7
Hope your good actions
to "SHARE/TWEET" this article ...
Thank you ... (",)
Mohon jasa baik anda
untuk "SHARE/TWEET" artikel ini...
Terima Kasih... (",)














































CLICK THIS TO CLOSE BANNER

