Aku pun tak tahu ar facebook ni...
kate ari tu nak tutup...
tapi baru2 ni diorang dok upgrade system plak....
hmmm...
lantak lar....
diorang bukan bayar gaji aku pun....
apa yang dapat aku tahu pasal facebook ni...
Ciri Keselamatan Facebook TerbaruFacebook melancarkan 2 ciri keselamatan terbaru menurut laporan dari blog mereka.
Ciri-ciri tersebut adalah :
HTTPS (secured connection) yang biasa digunakan oleh laman web besar untuk meningkatkan keselamatan. Menurut mereka opsyen ini boleh didapati dalam tetapan Account Setting > Account Security (dalam tetapan saya tiada pula opsyen tersebut).

Satu lagi adalah Sosial Login. Yang ini pelik sikit. Ia akan diaktifkan jika misalnya kita login di Malaysia, 2 jam kemudian kita login di Mesir pula. Kita akan dipaparkan dengan beberapa gambar kenalan kita dan meminta kita memberikan nama mereka.
Menurut Blog Facebook, penggodam boleh mendapatkan katakunci tetapi adalah mustahil untuk mereka mengenali rakan-rakan kita.

Walaupun Sosial Login mungkin satu cara yang baik, persoalannya adakah kita mengecam wajah setiap kenalan Facebook kita. Kalau setakat puluh-puluh tu bolehlah lagi, kalau dah masuk ribu, boleh cam lagi ke? Macam mana pula kalau rakan kita menukar gambar tanpa pengetahuan, atau cuma gunakan gambar yang bukan wajah manusia contohnya penguin, itik, kucing dan sebagainya.
Timbul pula persoalan. Sehari sebelum itu akaun pengasas Facebook Mark Zuckerberg telah digodam, adakah ini cuma gimik untuk promosi ciri-ciri baharu ini?
Keterangan lanjut : http://blog.facebook.com/blog.php?post=486790652130
**Gambar juga diambil dari sana.
Facebook Menguji Fungsi Panggilan Suara
Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana Facebook akan bekerjasama bersama Skype dalam membawakan fungsi panggilan pada laman sosial mereka itu. Menariknya, kini fungsi seumpamanya kelihatan, membolehkan panggilan suara pada Facebook, namun tiada sebarang petanda memperlihatkan kerjasama bersama Skype.

Fungsi Panggilan Pada Facebook [via]
Dengan telefon Facebook yang dijangka akan diperkenalkan, mungkin fungsi ini akan mengubah cara berkomunikasi seperti yang diinginkan oleh Facebook. Ianya mungkin kelak Facebook akan membolehkan panggilan antara desktop, ataupun antara dekstop dengan telefon, ataupun antara telefon akan diperkenalkan oleh Facebook. Apatah lagi apabila fokus utama Facebook pada tahun ini adalah kepada perantian mudah-alih.
Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui samaada fungsi panggilan ini adalah hasil kerjasama bersama Skype ataupun ianya dibangunkan sendiri oleh Facebook. Buat masa ini, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang komen.

sumber:
http://www.jomlinux.com
http://amanz.my

CLICK THIS TO CLOSE BANNER