Click Like To Support

Click Like To Support This Pages / Klik Suka Tanda Sokongan Pada Halaman Ini
Sponsor By : / Ditaja Oleh :

For more informations :

DAFTAR DAN DAPAT RM100...
ANDA LAMBAT... ANDA RUGI...

Komponen Dalaman Router

RAM

Random-access memory (RAM) digunakan sebagai informasi jadual routing, fast switching cache, menjalankan konfigurasi dan mengatur paket. Kebanyakan routers, RAM membekalkan run time bagi melaksanakan perisian Cisco IOS dan subsystems. RAM secara logik dibahagikan kepada memori utama prosessor dan perkongsian memori input/output (I/O). Perkongsian memori I/O dikongsi di kalangan permukaan bagi simpanan paket secara sementara. Kandungan RAM hilang apabila sumber kuasa dimatikan. RAM secara umum adalah dynamic random-access memory (DRAM) dan boleh dinaik taraf dengan membuat penambahan pada Dual In-Line Memory Modules (DIMMs).



CPU

Central Processing Unit (CPU) melaksanakan arahan bagi sistem operasi. Antara fungsinya adalah sistem analisa, fungsi routing dan kawalan permukaan rangkaian. CPU adalah microprocessor. Routers yang besar mempunyai pelbagai CPUs.



Flash

Memori flash digunakan sebagai storan bagi imej perisian Cisco IOS. Router secara normal memerlukan default IOS dari flash. Imej boleh dinaiktaraf dengan memuat turun imej yang baru pada flash. IOS mungkin dalam bentuk uncompressed atau compressed. Kebanyakan router melaksanakan salinan bagi IOS untuk dihantar ke RAM apabila proses boot dijalankan. Bagi router yang lain, IOS boleh dijalankan secara terus pada flash. Penambahan atau penggantian flash Single In-Line Memory Modules (SIMMs) atau kad PCMCIA boleh dinaiktaraf mengikut kandunganflash



NVRAM

Nonvolatile random-access memory (NVRAM) digunakan bagi menyimpan konfigurasi stratup. Bagi sesetengah peralatan, NVRAM dilaksanakan dengan menggunakan pengasingan secara electronically erasable programmable read-only memory (EEPROMs). Bagi sesetengah peralatan ia dilaksanakan dengan flash device yang sama di mana boot code dimuat turun. Apabila sumber kuasa dimatikan, kandungan konfigurasi kekal.



Buses

Kebanyakan router mengandungi sistem bus dan CPU bus. Sistem bus digunakan sebagai komunikasi antara CPU dan permukaan atau slot tambahan. Bus menghantar dan menerima paket dari permukaan. CPU bus yang digunakan oleh CPU bagi mengakses komponen dari storan router. Bus menghantar arahan dan data dari alamat memori yang bersesuaian



ROM

Read-only memory (ROM) digunakan bagi menyimpan secara kekal startup diagnostic code (ROM Monitor). Tujuan utama bagi ROM adalah diagnostik perkakasan ketika router bootup dan muat turun perisian Cisco IOS dari flash kepada RAM. Sesetengah routers mempunyai versi bagi IOS yang boleh digunakan sebagai alternatif punca boot. ROMs tidak boleh dipadam. Ia hanya boleh dinaiktaraf dengan menggantikan cip ROM dengan soket.



Permukaan

Permukaan adalah sambungan router ke luar. Tiga jenis permukaan adalah local-area network (LANs), wide-area network (WANs), dan Console/AUX. Permukaan LAN merupakan kepelbagaian penggunaan seperti Ethernet atau Token Ring. Permukaan mempunyai cip kawalan yang menyediakan persamaan logik bagi sambungan sistem kepada media. Permukaan LAN boleh memperbaiki konfigurasi atau modular.Permukaan WAN mengandungi serial, ISDN, dan integrated Channel Service Unit (CSUs). Permukaan WAN mempunyai cip kawalan khas bagi mengawal permukaan. Port Console/AUX adalah port serial yang digunakan secara utama bagi konfigurasi asas pada router. Port ini tidak berfungsi sebagai port rangkaian. Ia digunakan sebagai sesi terminal dari komunikasi port pada komputer dan melalui modem.



Power Supply

Sumber kuasa membekalkan kuasa yang secukupnya bagi membuat operasi pada komponen dalaman. Router yang besar boleh menggunakan pelbagai atau sumber kuasa modular. Bagi router yang kecil,sumber kuasa terdapat pada luaran router.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Special to be open:

My Blog List

e-referrer:

CLICK THIS TO CLOSE BANNER

Backlinks

blogr.my Kartikel Ping Ping your blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com ALL-CHE-BACKLINKS Free Auto Malaysia Backlinks

Blog Archive